Wednesday, November 18, 2009
Kursus PATS ( Program Akademik Terbilang Selangor) 2009
SMAP Kajang telah mengadakan kursus PATS ( Program Akademik Terbilang Selangor) untuk guru-guru sekolah ini pada 18 Mei 2009. Kursus ini telah diadakan di Smapk (Bilik Seminar) dan dihadiri oleh 53 orang guru SMAP Kajang.
Kursus ini dijalankan untuk member pendedahan kepada guru-guru untuk mengesan dan memperbaiki kualiti kecemerlangan pelajar. Program ini amat sesuai diberikan kepada guru-guru bagi mempertingkatkan profesionalisme keguruan mereka. Walaubagaimanapun tidak semua guru dapat menghadirkan diri dalam program ini kerana terlibat dengan beberapa kursus diluar. Semua pihak terutama ahli jawatankuasa pelaksana memberi sokongan sepenuhnya dalam menjayakan program.
Objektif khusus dalam bengkel ini antaranya ialah:
1. Mengenal pasti kelemahan pelajar dalam setiap mata pelajaran.
2. Melaksanakan tindakan susulan terhadap kelemahan murid yang dikenal pasti.
3. Meningkatkan kebekesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
4. Meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran dari segi kualiti dan kuantiti.
Kursus ini disampaikan oleh Puan Siti Azzah Yaacob dan Cik Zuriyal Hanim binti Baharuddin. Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 424.50 ( RM empat ratus dan sen lima puluh sahaja).
Laporan oleh Pn. Hasnah Yusuff
Setiausaha LDP SMAPK 2009
Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang.