Wednesday, November 18, 2009
Kursus Kajian Tindakan
SMAP Kajang telah mengadakan kursus Kursus Kajian Tindakan untuk guru-guru sekolah ini pada 13 November 2009. Kursus ini telah diadakan di Smapk (Bilik Seminar) dan dihadiri oleh 60 orang guru SMAP Kajang.
Kajian tindakan adalah satu bentuk kajian gunaan yang bertindak menyelidik aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam situasi yang khusus. Ia adalah satu cara bagaimana seorang guru perlu mengenal dan menganalisis kekuatan dan kelemahan masalah dalam proses P&P sebelum merancang sebarang aktiviti. Setiap pelaksanaan aktiviti perlu dinilai kesan dan impaknya di samping melihat sejauh manakah aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan memenuhi keperluan dan penyelesaian masalah dan seterusnya merancang penambahbaikan. Dengan mengetahuai permasalahan sebenar dan pemantauan serta bimbingan berterusan diharap pelajar-pelajar dapat meningkatkan penguasaan dalam pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Kursus ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para guru cara untuk membuat kajian tindakan dan membolehkan guru-guru memantau prestasi murud-murid secara lebih berfokus dan mengambil tindakan susulan berdasarkan kajian yang dibuat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif khusus dalam bengkel ini antaranya ialah:
1. Mengenal pasti kelemahan pelajar dalam setiap mata pelajaran.
2. Melaksanakan tindakan susulan terhadap kelemahan murid yang dikenal pasti.
3. Meningkatkan kebekesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
4. Meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran dari segi kualiti dan kuantiti.
Kursus ini disampaikan oleh Dr. Jamaludin bin Badusah. Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 620.00 ( RM enam ratus dua puluh sahaja).
Laporan oleh Pn. Hasnah Yusuff
Setiausaha LDP SMAPK 2009
Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang.