Sunday, July 5, 2009

Kursus LDP Siri 2/09 SMSSMJ- Etika Kerja




Pada 23/2/09 telah diadakan kursus LDP siri 2/09 bagi guru-guru dan staf SMSSMJ. Kursus bertajuk Etika Kerja yang di kendalikan oleh Pengetua SMK Dato' Syed Omar Alor Star, Mejar A. Halim Hashim.
Dalam kursus tersebut beliau menekankan kepentingan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang semasa menjalankan tugas. Mematuhi etika kerja yang betul merupakan suatu ibadah dan ianya berkaitan dengan kehidupan diri dan keluarga.
Kursus disampaikan dengan berkesan dan menarik. Kos untuk kursus ini ialah RM 561.00
Disediakan oleh
Pn Hjh Noraini Saldan
S/Usaha Perkembangan Staf SMSSMJ