Pada 28 Mac 2009 Hari Profesionalisme (3) telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Muar. Pengisian hari tersebut lebih berfokus kepada penambahbaikan profesionalisme dalam kalangan guru. Diharapkan melalui ceramah yang diberikan akan menyuntik nilai integriti yang tinggi kepada guru-guru lantas dijelmakan melalui pekeperibadian dan cara kerja yang beretika. Seramai 66 orang guru telah mengikuti Hari Profesionalisme (3)bermula dari jam 8.00am hingga 4.30pm di bilik seminar sekolah.
Penceramah pada hari tersebut ialah Puan Hajah Norbi binti Husin. Beliau merupakan bekas pengetua (15 tahun menjadi pengetua) dan kini bergiat aktif menjadi penceramah PTK di bawah Yayasan Guru Malaysia. Slot 1 berkisar tajuk Etika dan Integriti manakala slot 2 membincangan Kemahiran Pengurusan Emosi. Para guru mendapati ceramah yang disampaikan amat berkesan malah tidak menyedari masa yang berlaku. Semua guru memberikan respon yang positif terhadap aktiviti dan soalan-soalan yang diajukan penceramah. Terdapat juga guru-guru yang mengajukan soalan kepada penceramah. Komunikasi dua hala antara penceramah dan para guru telah menjayakan program yang dijalankan.