SMS Miri telah mengadakan Ceramah Tabung Baitulmal san Lembaga Urusan Tabung Haji untuk guru-guru Islam SMS MIri pada 7 Ogos 2008. Ceramah ini telah diadakan di Bilik Santubong, SMS Miri dan dihadiri oleh 40 orang guru.
Ceramah ini dijalankan untuk memberi pendedahan tentang Baitulmal (Zakat) dan menabung di Tabung Haji.
Sesi ceramah telah menampilkan pegawai dari Baitulmal, Ustaz Muamar Gadafi Bin Abdul Hadi dan Pejabat Tabung Haji, Tuan Haji Yassin.
Ceramah ini telah melibatkan kos berjumlah RM293.60.
Semoga ceramah ini mencapai matlamatnya.
Disediakan oleh,
Setiausaha LDP
SMS Miri