SMS Miri telah mengadakan Ceramah Pengucapan Awam untuk guru-guru sekolah ini pada 17 Oktober 2008. Ceramah ini telah diadakan di Bilik Santubong, SMS Miri dan dihadiri oleh 47 orang guru SMS Miri.
Ceramah ini dijalankan untuk melengkapkan guru-guru dengan ciri-ciri pengucapan awam yaberkesan dan membina keyakinan untuk memperbaiki kemahiran pengucapan awam.
Sesi ceramah telah menampilkan seorang guru yang pakar dalam pengucapan awam di SMS Miri, Cik Ee Reen Jarip. Beliau telah menyampaikan ciri-ciri pengucapan awam dan perkongsian pengalaman beliau sendiri dalam bidang ini.
Semoga ceramah ini akan membantu guru-guru meningkatkan kemahiran pengucapan awam.
Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
SMS Miri