Pada 13 September 2008 seramai 66 orang guru dan 29 orang kakitangan sokongan SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri Ceramah Profesionalisme untuk semua guru dan kakitangan sokongan yang diadakan di SAMURA.
Ceramah bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Ceramah disampaikan oleh Tn Hj Samian bin Samiyo, Pengetua SM Sains Muar dimulai dengan tajuk Perjawatan dan Kenaikan Pangkat. Ceramah ini sangat berguna kepada guru-guru dan kakitangan sokongan dalam meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan hak agar tidak ketinggalan dalam peluang-peluang perjawatan dan kenaikan pangkat.
Ceramah disambung lagi selepas rehat dengan tajuk Cuti untuk Guru Dan Kakitangan. Ceramah antara lain menekankan tentang prosedur cuti dikalangan guru dan kakitangan.
Ceramah berakhir jam 7.00 malam dan diikuti dengan majlis berbuka puasa di Dewan Makan SAMURA.
Ceramah ini berjaya menarik minat semua yang hadir dan secara tidak langsung diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan guru-guru dan kakitangan sokongan.
Ceramah yang telah melibatkan kos sebanyak RM1056.00 ini diharap berjaya mencapai objektifnya.