Wednesday, October 29, 2008

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 8 ( CERAMAH PROFESIONALISME 2 UNTUK GURU-GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN SAMURA)

Pada hari Sabtu 18 Oktober 2008 seramai 65 orang guru dan 31 orang kakitangan sokongan SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri Ceramah Profesionalisme 2 untuk semua guru dan kakitangan sokongan yang diadakan di SAMURA.
Ceramah selama dua jam bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Ceramah disampaikan oleh Tn Hj Zakaria bin Haiyun, Guru Penolong Kanan SM Sains Muar dengan tajuk Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Ceramah ini sangat berguna kepada guru-guru dan kakitangan sokongan dalam meningkatkan ilmu tentang kepentingan ciri-ciri dan faktor-faktor yang perlu dalam suatu kumpulan kerja dan rasa tanggungjawab bagi membentuk organisasi yang berjaya.
Ceramah ini berjaya menarik minat semua yang hadir dan secara tidak langsung diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan guru-guru dan kakitangan sokongan.
Ceramah yang telah melibatkan kos sebanyak RM679.00 ini diharap berjaya mencapai objektifnya.