Monday, September 1, 2008

Program Perkembangan Staf-Perkongsian Pengalaman Sistem Persekolahan Kluster di United Kingdom


SBP Integrasi Gombak telah mengadakan Program Perkembangan Staf yang bertajuk Perkongsian Pengalaman Sistem Persekolahan Kluster di United Kingdom.
Kursus ini teah dihadiri oleh 63 orang guru SBP Integrasi Gombak di Bilik Mesyuarat yang bertarikh 8 Ogos 2008.
Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan tahap professionalisme guru khususnya berkaitan dengan sekolah kluster. Di samping itu, kursus ini juga diharapkan dapat meningkatkan kualiti keterampilan, daya saing dan produktiviti seseorang guru.
Pengisian disampaikan dalam bentuk ceramah, tayangan serta sesi soal jawab. Program ini telah disampaikan oleh Encik Salleh Bin Ismail, guru penolong kanan SBP Integrasi Gombak. Kos bagi membiayai program ini ialah sebanyak RM 315.00.
Tuntasnya, program ini telah mencapai berjalan dengan lancar dan jayanya.


Disediakan oleh,
(MOHD FUAD BIN ABDUL WAHAB)
Guru Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak