Wednesday, September 10, 2008

Program "Masih Ada Yang Sayang"


  • gambar dari www.sadaufm.blogspot.com


  • Pada 5 Julai 2008 Sekolah Menengah Sains Miri telah mengadakan Program "Masih Ada Yang Sayang" bersama Sekolah Angkat SK Beraya, Miri. Aktiviti ini melibatkan 8 orang guru bersama-sama pelajar. Program ini dijalankan untuk menyemai budi kepada sekolah di pedalaman yang serba kekurangan. Harapan agar mereka dapat meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah.

    Pengisian program murid dikendalikan oleh Guru Kaunseling dan Pelajar manakala ibu bapa murid dikendalikan oleh Pengetua Puan Lily Binti Haji Morni. Program ini turut menjemput penceramah luar Ustaz Fauzi Bin Yaakop, Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral PPG Miri. Program ini telah menggunakan perbelanjaan sebanyak RM108.40.

    Disediakan oleh:
    Puan Jeti Anak Betek
    Setiausaha LDP
    SM Sains Miri