Pengenalan
Pada 17 Jun 2008, JK Perkembangan Sraf Sekolah telah menganjurkan lagi kursus perkembangan staf kepada kakitangan akademik bertujuan untuk meningkatkan motivasi kerja dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat masa kini. Pada hari tersebut dua kursus dianjurkan serentak, iaitu
Nama Kursus : Kursus Asas Kemahiran Literasi Komputer – Mail Merge
Tarikh : 17 Jun 2008
Tempat : Makmal ICT, SMAP, Labu
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Penceramah : En. Mat Yusuf bin Abdul Rahman
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, SMAP Labu
A. Kursus Motivasi Guru Baru SMAP
B. Kursus Asas Kemahiran Ilustrasi Komputer
Objektif Kursus
i. Mendedahkan kepada guru-guru baru (guru yang mendaftar antara 1.1.2007 – 16.6.2008) tentang harapan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah.
ii. Membiasakan guru-guru baru dengan persekitaran sekolah samaada dari segi cara bekerja, pergaulan serta selari dengan tuntutan sekolah berasrama penuh.
iii. Pendedahan tentang fungsi key-board dengan lebih mendalam kepada guru-guru lama yang telah berkhidmat (sebelum 1.1.2007).
iv. Pendedahan tentang fungsi dan kegunaan “Mail-Merge” terutamanya dalam penyediaan sijil kursus.
Perbelanjaan
i. Minum ringan - RM5.50 x 75 orang = RM 427.50
ii. Bayaran penceramah - RM 400.00
---------------------------
RM 827.50
Nama Kursus : Kursus Motivasi Guru Baru
Penceramah : Pn. Hajah Khuzaimah bt. Hj. Sulaiman
Perunding Kanan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tajuk : Ekspektasi Pengetua Terhadap Guru-Guru Baru
Intipati Kursus
Intipati Ceramah :
a. guru-guru perlu ada matlamat yang jelas – tahu untuk apa menjadi seorang guru. Akan membolehkan kita mencapai target serta mendapat keredhaan Ilahi terhadap perkara yang dilakukan. Kesilapan akan berlaku sekiranya matlamat kerja tidak jelas
b. Tahu tugas adalah amanah. Perlu menganggap amanah sebagai satu tanggungjawab dan bukan satu bebanan. Dengan ini sifat ikhlas akan terpancar dalam kita melaksanakan kerja.
c. Mempunyai niat yang betul. Kita adalah apa yang kita lakukan.
d. Ikhlas menjalankan tugas. Tanda tidak ikhlas seperti akan lahir kata-kata sumbang atau gerak laku sumbang.
e. Bersedia menerima teguran/pandangan. Orang yang berfikir tidak akan cepat melenting, sebaliknya akan memuhasabah diri dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan. Ciri-ciri orang yang ikhlas ialah mendidik murid bagaikan mendidik anak sendiri, tidak membezakan antara murid, perkataan sedikit tetapi berkesan, perbuatannya dicontohi. Senyuman adalah penawar, kemarahan tanda kasih sayang, suruhan dianggap sebagai satu penghargaan/hadiah serta pemberiannya dianggap sebagai satu tuah yang sangat besar yang diidamkan. Kehadiran disenangi, kehilangan dirasai, dihormati dan bukan ditakuti, menjadi tempat rujukan an semangat dan dorongannya menjadi kekuatan diri.
f. Pesanan sebelum penutup
i. syukur di atas kerja dengan kerajaan
ii. jangan lawan cakap pengetua/ ketua. Segala permasalahan perlu dibincangan bersama
iii. jangan ponteng kerja
iv. kalau kurang sihat dan masih terdaya, teruskan jalan amanah supaya pelajar tidak terbiar
v. buat baik dengan semuaorang
vi. setiap harta yang dimiliki biarlah berkat
vii. cakaplah dengan hati jika inginkan pelajar dengar cakap kita
Penutup
Harapan jawatankuasa, semoga ilmu yang telah disampaikan akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bangsa. Kursus seperti ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa.
Disediakan oleh:
En.Mohd Hussain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMAP, Labu