Sunday, September 21, 2008

LDP SHAH : Kursus Berfikir Secara Fitrah


Sekolah SHAH telah mengadakan satu Kursus Perkembangan Staf yang bertajuk Berfikir Secara Fitrah pada 5 hb. Julai 2008 bertempat di Bilik Gerakan SHAH. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pn. Maznah binti Hj. Abdul Majid . Beliau merupakan seorang Bekas Pengetua Cemerlang .

Kursus ini telah melibatkan 64 orang guru. Objektif kursus ini diadakan adalah bagi membolehkan para guru SHAH mengaplikasikan teknik berfikir secara semulajadi dalam pengajaran masing-masing. Para guru juga didedahkan dengan kaedah senaman yang boleh dilakukan oleh para guru di dalam kelas semasa proses pengajaran masing-masing. Kos yang telah digunakan untuk kursus ini ialah sebanyak RM 1812.00

Impak daripada kursus ini, sekiranya teknik brain Gym yang diajarkan betul–betul diaplikasikan oleh guru di dalam kelas, proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan kerana semasa waktu senggang pelajar boleh melakukan aktiviti tersebut untuk merehatkan otak mereka dan pelajar tidak berasa tertekan untuk menghadapi pelajaran seterusnya.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamat yang dicita-citakan.