LAPORAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 4
Tarikh : 18 – 20 Julai 2008
Tajuk : Team Building
Tempat : Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
Laporan :
INTEGRITI CEMERLANG TEAMBUILDING:
Manusia dilahirkan penuh dengan perbezaan di antara satu sama lain. Setiap manusia hidup di atas nilai yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibu dan bapa. Nilai-nilai yang dipupuk inilah terbentuknya perangai. Jika nilai itu berdasarkan budi pekerti mulia maka akan terbentuklah perangai atau tingkah-laku yang baik. Tetapi kalau nilai yang tidak baik diamalkan maka perangai yang tidak eloklah yang dizahirkan.
Namun begitu ada juga manusia yang tidak seimbang pembawakan hidupnya. Nilai-nilai murni yan sering diperkatakan tidak diamalkan malah berlaku yang sebaliknya. Keadaan ini terdapat konflik di antara nilai murni dengan perangai. Maka keadaan dikira sebagai tiada integriti. Keseimbangan nilai dan perangai akan mewujudkan satu integriti.
Melalui integriti inilah perbedaan rupa, kulit, agama, pangkat dan status bukanlah menjadi halangan dalam memupuk jalinan silaturahim. Perbedaan di antara manusia bukanlah boleh dijadikan alasan untuk bertelingkah. Manusia dijadikan untuk saling kenal-mengenal di antara sama lain.
Tiada satu pun manusia dilahirkan penuh dengan kesempurnaan. Manusia saling memerlukan di antara satu sama lain bagi menyempurnakan hidup. Kita tidak diminta untuk menjadi sempurna tetapi kita diminta untuk menyempurnakan kehidupan ini. Kita dilahirkan untuk menyempurnakan fungsi dan amanah.
Jika seseorang itu adalah seorang bapa maka sempurnakanlah fungsinya sebagai seorang bapa dengan memupuk nilai kasih-sayang dan perilaku mulia. Jika dia seorang guru maka sempurnakanlah fungsi sebagai seorang guru dengan mencurahkan segala ilmu dengan kaedah yang paling berkesan. Jika dia sebagai seorang mahasiswa sempurnakanlah fungsi sebagai seorang mahasiswa dengan melaksanakan segala tugasan dengan penuh bijaksana. Jika semua manusia melaksanakan fungsi dan amanah masing-masing maka kehidupan akan menjadi lebih sempurna dan harmoni.
Di dalam program ini, peserta turut mempelajari bagaimana untuk mengenal personaliti. Dengan memahami personaliti mudah bagi seseorang itu untuk berkomunikasi. Peserta mula memahami dirinya sendiri dan memahami orang lain. Memahami kelebihan dan kekurangan diri akan membolehkan peserta mengambil langkah mempertingkatkan prestasi.
Integriti membawa peserta memahami pengertian silaturahim dan memupuk nilai-nilai murni demi mengharmonikan kehidupan ini.
KANDUNGAN PROGRAM
Ice Breaking & Pengenalan Program 2 jam
Dalan sesi ini, peserta dan fasilitator memecah pembendungan dengan suai kenal
KULIAH 1 - PENGURUSAN STRESS 2 jam
Dalam sesi ini, peserta diberi kefahaman tentang definasi stres. Melihat gejala stres dalam bentuk spiritual, mental, emosional dan fizikal. Peserta memahami pengertian stres dan melihat stres dari sudut positif. Peserta memahami gejala stres, jalan penyelesaiannya dan memahami stres berpunca dari set minda seseorang.
EQ – Kecerdasan Emosi 2 jam
Dalam sesi ini, peserta dibawa untuk memahami pengertian EQ.Memahami kepentingan Interpersonal dan Intrapersonal. Ia adalah seni tentang bagaimana berhubung dan berkomunikasi dengan manusia lain yang melibatkan hal-hal emosi. Memahami tip dan kaedah menyelesaikan masalah emosi dan memupuk kecemerlangan bahasa emosi.
Stimulasi Minda – Peserta menjalani sesi mengenal pasti bahasa emosi dan kaedah berkomunikasi yang berkesan.
Game 1 : Prasangka 2 jam
Di dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan sebuah gerakerja. Dalam menyelesaikan misi tersebut. Setiap pasukan harus mengenal pasti musuh dalam selimut di dalam pasukan mereka. Musuh dalam selimut berperanan mengagalkan misi pasukan tanpa dapat dikesan oleh pasukan itu.
Setiap harus menangkap musuh di dalam selimut. Seseorang yang disyaki akan dikuarantinkan. Perbicaraan di mahkamah terbuka akan dijalankan setelah tamat tempoh.
Tayangan Video 2 – Pay It Forward 2 jam
Dalam sesi ini, peserta dibawa untuk menonton dan menghayati filem yang ditayangkan. Tayangan video berdasarkan kepada kisah benar ini akan dijadikan bahan kes studi dalam melihat setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan. Dengan menyumbangkan yang terbaik pada masyarakat tanpa harap dibalas dapat memberi impak mengkagumkan dalam kehidupan.
Peserta dan kumpulan masing-masing akan menganalisa dan mencatatkan mesej serta pelajaran yang terkandung dalam filem tersebut. Penghayatan filem akan memudahkan peserta mengingati intipati dalam kursus ini.
Sinopsis Kes Studi Video 1 jam
Dalam sesi ini, peserta bersama kumpulan masing-masing akan menggariskan mesej dan pelajaran yang mereka perolehi dari filem tersebut.
Mesej dan pelajaran ini dikaitkan dengan nilai yang harus mereka amalkan apabila pulang menjalankan tugasan ataupun pembelajaran di universiti.
Dengan aktiviti ini, peserta akan lebih mudah memahami dan menghayati pengisian disebalik video yang ditayangkan.
Treasure Hunt 2 jam
Gerakerja berpasukan mencari harta misteri ( treasure hunt ). Misi ini akan membuktikan kemahiran peserta bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Ia menguji kreativiti dan kepantasan dalam bertindak.
Rumusan dan Acara Penutup
Dalam sesi ini, peserta bersama kumpulan membuat rumusan intipati pelajaran yang telah mereka perolehi sepanjang mengikuti program ini. Luahan hati peserta tentang kesan yang telah mereka dapati dari program ini.
JADUAL PROGRAM ( 3 hari 2 malam )
HARI PERTAMA ( 18 / 07 / 2008 )
03.00 – 05.00 Perjalanan ke tempat program
05.00 – 07.00 Ice Breaking & pengenalan program
07.00 – 09.00 Makan malam / rehat
09.00 – 11.00 Kuliah 1 : Pengurusan Stress
11.00 Bersurai
HARI KEDUA
08.30 – 10.30 Kecerdasan Emosi : EQ
10.30 – 11.00 Minum pagi
11.00 – 01.00 Game 1 : Prasangka
01.0 – 02.30 Rehat / Makan Tengahari
02.30 – 04.30 Tayangan Video 2 – Pay It Forward
04.30 – 06.00 Sinopsis ‘Pay It Forward’
06.00 – 09.00 Rehat
09.00 – 12.00 Barbique
12.00 Bersurai
HARI KETIGA
08.30 – 10.30 Treasure Hunt
10.30 – 11.00 Minum pagi
11.00 – 12.00 Rumusan dan majlis penutup
01.00 – 02.00 Makan Tengahari
02.00 Bersurai