Thursday, September 11, 2008

LAPORAN LDP SESERI BIL 2(b)

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 2(b)

Tarikh : 2 Mei 2008 (Jumaat)
Masa : 2.45 – 5.15 petang
Tajuk : Taklimat Manual Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan
Laporan :

Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah disampaikan oleh setiausaha peperiksaan iaitu Pn Azlina bt Md Ali

Penceramah memulakan program dengan mengedarkan buku panduan manual pengurusan penilaian dan peperiksaan kepada guru-guru. Guru-guru didedahkan dengan pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah. Dibentangkan proses penyediaan kertas soalan dalaman atau tidak selaras dan kertas soalan selaras. Seterusnya proses percetakan dan penyediaan kertas soalan. Penyediaan kertas soalan untuk simpanan (bank soalan). Prosedur darisegi ketidakhadiran pelajar dan kes kecurangan. Guru-guru juga perlu mengetahui proses pengawasan semasa peperiksaan. Selain itu proses pemeriksaan kertas soalan dan mencetak slip keputusan peperiksaan.

Guru-guru diingatkan tentang peranan dan tugas dalam peperiksaan iaitu tugas sebagai ketua panitia dan guru tingkatan. Ketua kelas atau penolong dan pelajar juga berperanan semasa peperiksaan.

Format muka surat depan peperiksaan penggal dipaparkan. Guru-guru juga perlu mengisi borang rekod perjalanan peperiksaan dan mencatat nama pelajar yang ke tandas semasa peperiksaan. Guru-guru yang mengawas peperiksaan perlu memberi peringatan kepada calon. Akhir sekali contoh penulisan laporan pengetua untuk ditulis dalam slip peperiksaan.