LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 5(a)
Tarikh : 27 Ogos 2008 (Rabu)
Masa : 2.45 – 5.45 petang
Tajuk : Anda dan metafizik
Laporan :
Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Muslee b Abdullah daripada Millennium ESP Consultant Sdn Bhd.
Penceramah memulakan program dengan memaparkan slaid berkaitan ilmu untuk mengenal diri atau personaliti secara metafizik. Metafizik ditafsirkan sebagai pembelajaran tentang kehidupan alam semesta. Penceramah juga memberikan contoh-contoh hukum-hukum yang terdapat dalam metafizik.
Seterusnya guru-guru diterangkan potensi tenaga diri yang mempengaruhi tingkah laku. Tenaga diri mempunyai pelbagai bentuk mengikut aspek tertentu seperti personaliti, tingkahlaku, kesihatan, hubungan sesama manusia, perniagaan dan kejayaan diri.
Elemen tenaga diri diumpamakan akar pokok yang menjalar dan akan menghasilkan pokok yang sihat atau tidak sihat iaitu personaliti diri. Guru-guru diajar cara mengira jenis tenaga diri mengikut tarikh lahir dan dihuraikan oleh penceramah.
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 5(b)
Tarikh : 28 Ogos 2008 (Khamis)
Masa : 2.45-4.45 petang
Tajuk : Komunikasi Berkesan
Laporan :
Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Esa b Abdul Samad bekas kaunselor SBPI, Rawang yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan Kaunseling di UPSI.
Penceramah memulakan ceramah dengan meminta guru-guru melukis gambar seorang pelajar berdasarkan petikan cerita yang dipaparkan. Kemudian guru-guru menunjukkan gambar tersebut kepada penceramah. Penceramah menunjukkan gambar pelajar yang sebenar dan menyatakan masalah yang sering berlaku dalam komunikasi ialah individu suka membuat anggapan tanpa usul periksa.
Begitu juga komunikasi antara guru dan pelajar, guru tidak boleh membuat anggapan awal kepada pelajar tanpa bertanyakan kepada pelajar terbabit. Ini akan menimbulkan krisis antara guru dan pelajar terbabit. Masalah komunikasi akan mewujudkan budaya kerja yang tidak sihat. Budaya kerja yang profesional ialah setiap warga sesebuah organisasi akan menganggap kerja sebagai ibadah.
Kemudian definisi pengajar, pendidik, pensyarah atau guru diterangkan beserta maksud komunikasi. Terdapat beberapa elemen dalam komunikasi dan bila berlakunya komunikasi. Penceramah mengemukakan fakta yang diperolehi daripada JPA, sebanyak 75% masalah ditempat kerja disebabkan komunikasi.
Terdapat juga halangan dalam komunikasi antaranya ego, takut dan lain-lain. Bagi menghasilkan komunikasi yang efektif, guru-guru perlu mempratikkan 10 peraturan yang telah dikemukakan oleh penceramah.