Wednesday, September 24, 2008

Laporan Kursus Pemantapan Kualiti Kerja Dalam Kalangan Kakitangan SMSLD

PENGENALAN

Sekolah Menengah Sains Lahad Datu telah mengadakan Kursus Pemantapan Kualiti kerja dalam kalangan kakitangan. Ia adalah satu siri kursus yang berorientasikan kemahiran dalam pemantapan kerja di sekolah ini. Kursus ini merangkumi aspek pentadbiran, pengurusan kerja dan motivasi di dalam suasana pekerjaan. Pemantapan kualiti kerja dalam kalangan kakitangan SMSLD adalah perlu bagi memperkembangkan ilmu pengetahuan, meningkatkan akhlak, memupuk rasa tanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri demi kemajuan SMSLD. Oleh yang demikian, diharap para staf lebih terdedah dengan maklumat tentang pentadbiran dan pengurusan organisasi kerja yang berkesan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam pembentukan kualiti kerja.

OBJEKTIF

1. Menggembeling tenaga dan kemahiran yang ada bertujuan melahirkan kakitangan sekolah yang berketrampilan, berdisiplin, berdikari, intelektual dan bertanggungjawab.
2. Memupuk dan melahirkan kakitangan sekolah yang bermotivasi, berpandangan jauh, kreatif, innovatif, berjiwa positif serta membina ketahanan diri yang tinggi.
3. Menghakis sifat-sifat diri yang negatif dan tidak diingini.
4. Meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam kalangan kakitangan sekolah tentang tanggungjawab dan tatacara pelaksanaan budaya kerja sekolah.
5. Membina budaya kerja yang berkualiti dan progresif.
6. Memupuk dan mempertingkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan warga sekolah.

TEMPAT

Sekolah Menengah Sains Lahad Datu

TARIKH DAN MASA

3 Mei 2008, 8.00 am hingga 5.00 pm

BILANGAN PESERTA & KOS

55 orang staf, RM1,127.50

FASILITATOR

CR. Mohd. Makhtar Bin Hj. Nor, Ketua Sektor (Kaunselor Pentadbir), Sektor Kaunseling dan Keutuhan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.