Sunday, September 7, 2008

Laporan Ceramah Kesihatan SMSL 2008

LAPORAN CERAMAH KESIHATAN
SEMPENA MINGGU KECERGASAN 2008

1. PENGENALAN
Program ceramah ini merupakan anjuran Unit Kokurikulum dan Jawatankuasa Kesihatan Sekolah Menengah Sains Labuan. Tujuan diadakan program ini adalah bagi mencapai objektif dan sasaran seperti di bawah disamping melaksanakan takwin Jawatankuasa Kesihatan sekolah.

1.2 Tajuk Program : Ceramah Kesihatan Guru dan KTBM “Menangani Stress”
1.3 Tarikh : 29 Julai 2008
1.4 Masa : 2.30 petang
1.5 Tempat : Bilik Mutiara
Sekolah Menengah Sains Labuan

2. MUKADIMAH
Bebanan kerja, masalah disiplin pelajar dan sebagainya adalah antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah stress di kalangan guru-guru dan KTBM. Guru-guru dan KTBM yang tidak mengambil berat masalah ini atau tidak menyedari yang mereka dalam keadaan stress akan mudah merasa tertekan, cepat marah, keletihan dan kurang bersemangat untuk melakukan kerja. Oleh itu, guru-guru dan KTBM hendaklah mempunyai kesedaran dan pengetahuan tentang cara-cara menangani stress supaya mereka lebih sihat, berketrampilan dan berkeyakinan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

3. MATLAMAT
Memberi kesedaran kepada guru-guru dan KTBM tentang kepentingan untuk menangani stress dan menjaga kesihatan amnya. Selain daripada itu , ia juga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental di kalangan guru-guru dan KTBM.

4. OBJEKTIF
4.1 Memberi pendedahan kepada guru-guru dan KTBM tentang kepentingan menangani stress.
4.2 Menunjuk cara teknik-teknik yang betul menghilang dan mengatasi stress.
4.2 Meningkatkan kesedaran guru-guru dan KTBM tentang gaya hidup sihat.

5. SASARAN

Semua guru dan staf SM Sains Labuan







6. PENGISIAN PROGRAM

2.30 petang - Penceramah, guru-guru dan KTBM mengambil tempat
2.35 petang - Ucapan alu-aluan daripada pentadbir
2.40 petang - Ceramah Kesihatan “Menangani Stress”
oleh Pn. Rodiah Mohd Noor dari Hospital Labuan
3.45 petang - Penutupan dan penyampaian cenderamata kepada penceramah
4.00 petang - Jamuan



7. KOS DAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
KOS
JUMLAH (RM)
1
Cenderamata Penceramah
30.00 x 1
30.00
2
Jamuan
5.00 x 75
375.00
JUMLAH
405.00



8. PENUTUP
Ceramah ini dapat dijalankan dengan jayanya dan sambutan yang diberi oleh guru dan KTBM adalah menggalakkan. Diharapkan program ini dapat memberi manafaat kepada guru dan staf SM Sains Labuan dari segi cara-cara menangani stress dan penjagaan kesihatan keseluruhannya.