Friday, September 12, 2008

Kursus Pengurusan Sistem Rumah berasaskan ISIS

Kursus Pengurusan Sistem Rumah telah dilaksanakan pada 23 dan 24 Julai 2008 bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bilik Gerakan serta Bilik Komputer oleh Jawatankuasa LDP SEMESTI. Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada semua guru terhadap semua komponen penilaian yang dilaksanakan ke atas Sistem Rumah yang membantu ke arah pembentukan sahsiah pelajar. Kursus ini turut bertujuan memberi kemahiran kepada semua guru penggunaan Integrated Students Information System (ISIS)untuk merekod maklumat perkembangan diri pelajar semasa berada di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Penceramah yang terlibat adlah Tn Hj Idris bin Yatim yang memberi penernagan mengenai Sistem Rumah Sukan SBP serta En Mohd Yusman bin Mohamad Noor (Guru Sistem Rumah) memberi latihan amali untuk memahami proses merekod komponen yang terlibat mengunakan Integrated Students Information System (ISIS) yang digunapakai di SBP. Seramai 60 orang telah menghadiri sepnjang Kursus ini diadakan dengan kos perbelanjaan sebanyak RM297.00 (Ringgit: Dua ratus Sembilan Puluh Tujuh sahaja).

Disediakan olah
Setiausaha LDP SEMESTI