

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan telah mengadakan Kursus Pengukuhan Pasukan Sesi Pertama untuk guru-guru sekolah ini pada 12 – 13 Julai 2008. Kursus tersebut diadakan Amir Chalet and Fishing Conner, Air Tawar, Perak dan dihadiri oleh 70 orang guru SM Sains Teluk Intan.
Kursus ini dijalankan memperhebatkan konsep bekerja berpasukan yang amat diperlukan di sekolah-sekolah seperti sekolah berasrama penuh.
Aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan adalah seperti merentasi Sungai dari Amir Chalet Air Tawar ke Telaga Nenas, Air Tawar dengan menggunakan kayak secara berpasukan disamping melalui akitiviti ‘Treasure Hunt’. Aktiviti keyakinan diri telah dijalankan pada petang 12 Julai 2008 dengan menguji ketahanan minda dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.
Pada 13 Julai 2008 - pagi aktiviti kecergasan telah dijalankan seperti senamrobik.
Sesi ceramah telah menampilkan pengetua SM Sains En.Ahmad Rosidi Ramley . Beliau menyentuh berkaitan Etika Kerja dan juga Islam Hadhari.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 2312.00 ( Dua ribu tiga ratus dua belas sahaja)
Semuga kursus ini dapat mencapai matlamatnya.
Disediakan oleh
Setiausaha LDP SEMESTI