Wednesday, September 17, 2008

BENGKEL KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS

Pada 17 JULAI 2008 ,bertempat di makmal Bahasa Inggeris, SM Sultan Abdul Halim Jenan telah diadakan Bengkel Komunikasi Bahasa Inggeris. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Rabitah bt Abd Wahab yang juga merupakan Guru Cemerlang di SMSAH. Antara peserta yang mengikuti bengkel ini adalah terdiri dari 20 orang guru matapelajaran Sains dan Matematik.

Bengkel yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris ini antara lain bertujuan meningkatkan keupayaan dan keyakinan berkomunikasi dalam bahasa ini terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Modul yang dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Rabitah ini menggunakan modul Tenses - Membina ayat menggunakan past tense melalui rangsangan yang diberikan oleh fasilitator. Aktiviti lain termasuklah nyanyian dan story-telling menggunakan kartun Lat.

Latihan Dalam Kumpulan (LDP) ini membantu guru berkomunikasi dengan yakin dalam bahasa Inggeris, memberi idea-idea yang spontan dan tidak terlalu memikirkan kesalahan tatabahasa. Dalam aktiviti yang dijalankan, guru-guru saling bantu-membantu rakan-rakan semasa aktivit dijalankan terutama dalam persembahan mereka.

Kos perbelanjaan : RM 50.00 (bahan cetakan)