Wednesday, July 9, 2008

SMAP LABU : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SIRI 3/2008

SMAP, Labu: Kursus Perkembangan Staf Siri 3, 2008



1.0 Pengenalan

Pada 17 Jun 2008, JK Perkembangan Sraf Sekolah telah menganjurkan lagi kursus perkembangan staf kepada kakitangan akademik bertujuan untuk meningkatkan motovasi kerja dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat masa kini. Pada hari tersebut dua kursus dianjurkan serentak, iaitu
A. Kursus Motivasi Guru Baru SMAP
B. Kursus Asas Kemahiran Ilustrasi Komputer



2.0 Objektif Kursus
i. Mendedahkan kepada guru-guru baru (guru yang mendaftar antara 1.1.2007 – 16.6.2008) tentang harapan dan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah.
ii. Membiasakan guru-guru baru dengan persekitaran sekolah samaada dari segi cara bekerja, pergaulan serta selari dengan tuntutan sekolah berasrama penuh.
iii. Pendedahan tentang fungsi key-board dengan lebih mendalam kepada guru-guru lama yang telah berkhidmat (sebelum 1.1.2007).
iv. Pendedahan tentang fungsi dan kegunaan “Mail-Merge” terutamanya dalam penyediaan sijil kursus.







3.0 Tempat
i. Bilik Teknologi Pendidikan
ii. Makmal ICT 1

4.0 Kehadiran
i. seramai 24 orang guru baru dan 2 orang guru pelatih UPSI
ii. seramai 42 orang guru.

5.0 Perbelanjaan
Secara keseluruhan perbelanjaan sebanyak :
i. Minum ringan - RM3.50 x 75 orang
ii. Bayaran penceramah - RM400.00

6.0 Laporan Kursus
i. Kursus Motivasi Guru Baru
Disampaikan oleh
Pn. Hajah Khuzaimah bt. Hj. Sulaiman
Perunding Kanan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tajuk : Ekspektasi Pengetua Terhadap Guru-Guru Baru

Intipati Ceramah :
a. guru-guru perlu ada matlamat yang jelas – tahu untuk apa menjadi seorang guru. Akan membolehkan kita mencapai target serta mendapat keredhaan Ilahi terhadap perkara yang dilakukan. Kesilapan akan berlaku sekiranya matlamat kerja tidak jelas
b. Tahu tugas adalah amanah. Perlu menganggap amanah sebagai satu tanggungjawab dan bukan satu bebanan. Dengan ini sifat ikhlas akan terpancar dalam kita melaksanakan kerja.
c. Mempunyai niat yang betul. Kita adalah apa yang kita lakukan.
d. Ikhlas menjalankan tugas. Tanda tidak ikhlas seperti akan lahir kata-kata sumbang atau gerak laku sumbang.


e. Bersedia menerima teguran/pandangan. Orang yang berfikir tidak akan cepat melenting, sebaliknya akan memuhasabah diri dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan. Ciri-ciri orang yang ikhlas ialah mendidik murid bagaikan mendidik anak sendiri, tidak membezakan antara murid, perkataan sedikit tetapi berkesan, perbuatannya dicontohi. Senyuman adalah penawar, kemarahan tanda kasih sayang, suruhan dianggap sebagai satu penghargaan/hadiah serta pemberiannya dianggap sebagai satu tuah yang sangat besar yang diidamkan. Kehadiran disenangi, kehilangan dirasai, dihormati dan bukan ditakuti, menjadi tempat rujukan an semangat dan dorongannya menjadi kekuatan diri.
f. Pesanan sebelum penutup
i. syukur di atas kerja dengan kerajaan
ii. jangan lawan cakap pengetua/ ketua. Segala permasalahan perlu dibincangan bersama
iii. jangan ponteng kerja
iv. kalau kurang sihat dan masih terdaya, teruskan jalan amanah supaya pelajar tidak terbiar
v. buat baik dengan semuaorang
vi. setiap harta yang dimiliki biarlah berkat
vii. cakaplah dengan hati jika inginkan pelajar dengar cakap kita





ii. Kursus Kemahiran Penggunaan Komputer –ICT
Disampaikan oleh :
Ust. Mat Yusof bin Abd. Rahman
Pengolong Kanan Hal- Ehwal Murid
SMA Persekutuan Labu


7.0 Penutup

Harapan jawatankuasa, semoga ilmu yang telah disampaikan akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bangsa. Kursus seperti ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa.




Disediakan

Setiausaha
JK Perkembangan Staf SMAP, Labu 2008