Kursus Perancangan Strategik dan "Head count' membuka tirai latihan dalam perkhidmatan yang pertama tahun 2008 bagi SBP Integrasi Kuantan yang diadakan pada 13 Februari 2008 di Makmal Bahasa dengan matlamat agar guru-guru dan staf sokongan dapat menjalankan tanggungjawab mengikut bidang tugas masing-masing dengan terurus dan berkesan melalui perancangan yang berstrategi. Melalui slot pertama kursus ini, yang disampaikan oleh GPK Pentadbiran SBPIK Tn Hj zaimi b Abu Bakar, para guru dan staf didedahkan mengenai teknik perancangan strategik yang betul dan berkesan serta memberi kesedaran agar guru dan staf sentiasa peka dan mengambil berat terhadap pengurusan dan perancangan yang bersistematik. Melalui slot ke-2 pula, para guru didedahkan secara 'hands-on' mengenai teknik 'headcount' menerusi APMS yang disampaikan oleh SU Peperiksaan SBPIK Tn Sy Mohd Shuhaimie b Sy Husain. Selepas kursus ini diharap para guru dapat mengaplikasikan perancangan strategik yang betul di dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan mengaplikasikan 'headcount' pelajar bagi merancang program yang sesuai untuk kecemerlangan pelajar dan kegemilangan prestasi sekolah. Latihan ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Kursus ini telah dihadiri oleh 51 orang guru dan 5 orang staf sokongan dengan kos RM180.00 untuk jamuan.
Disediakan oleh,
Pn Norsiati bt Mohd Ghazali
SU Perkembangan Staf SBPIK