Thursday, April 29, 2010

Laporan Hari Profesionalisme kali ketiga



Pada 10 Februari 2010 Ceramah sempena kempen Budi Bahasa Jati Diri Kita telah diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Muar. Penceramah motivasi jemputan adalah Dr. Rubiah binti Kulop Hamzah. Program berlangsung dari 3.00 hingga 5.00 petang dengan jayanya.
Beliau menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan dan cara-cara memupuk nilai berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Secara umumnya semua guru menunjukkan minat terhadap ceramah yang disampaikan.

Laporan Hari Porfesionalisme (2)

Pada 6 Februari 2010 ceramah Integriti, Etika dan Pengurusan Emosi telah disampaikan oleh Encik Nasarudin bin Abd. Aziz, penceramah bebas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Serama 72 orang guru telah mendengar ceramah tersebut yang berlangsung di Bilik Seminar Sekolah Menengah Sains Muar dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Dalam slot yang pertama, Encik Nasarudin bin Abdul Aziz telah menjelaskan makna, kepentingan dan fungsi integriti kepada setiap guru. meningkatkan proses P&P manakala dalam slot yang kedua beliau memberi pendedahan kemahiran pengurusan emosi berdasarkan pengalaman dan soal jawab dengan guru-guru. Penceramah menggunakan persembahan power point. Secara umumnya semua guru menunjukkan minat terhadap kursus. Guru-guru memberikan respon yang positif terhadap aktiviti dan soalan-soalan yang diajukan penceramah.




Laporan Hari Profesionalisme (I)

Pada 16 Januari 2010 Hari Profesionalisme (I) telah diadakan di Bilik Seminar Sekolah Menengah Sains Muar. Fokus utama aktiviti kali ini adalah memberi peluang kepada semua guru cemerlang menjelaskan kepada guru-guru lain antara kaedah yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti P&P panitia masing-masing. Dengan cara ini guru-guru lain; tidak hanya daripada panitia yang sama boleh berkongsi pengetahuan dan mendapat ide untuk diterapkan dalam P&P atau panitia mereka. Semua guru iaitu seramai 72 orang guru telah mengikuti kursus tersebut yang bermula dari jam 8.00am hingga 12.00am

Seramai 14 orang guru cemerlang telah membuat pembentangan. Setiap seorang diberi masa lebih kurang 15 minit dan pembentangan dibantu dengan persembahan power point yang disediakan sendiri oleh guru cemerlang berkenaan. Pada masa yang sama pembentangan dilakukan dalam bentuk dua hala iaitu ada interaksi dan soal jawab antara pembentang dengan guru-guru. Semua guru memberi kerjasama dan minat terhadap program.

Sebahagian daripada guru-guru cemerlang yang membuat pembentangan.

Wednesday, April 28, 2010

Program Perkembangan Staf SMSains Raja Tun Azlan Shah


Kursus "Pengenalan Kepada Kajian Tindakan"


SMSains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan kursus Pengenalan Kepada Kajian Tindakan untuk guru-guru sekolah ini pada 10 April 2010.
Kursus ini telah diadakan di Bilik Gerakan dan dihadiri oleh 50 orang guru SMSains Raja Tun Azlan Shah.
Kursus ini bertujuan untu mendedahkan tentang konsep,ciri-ciri penting serta reka bentuk kajian tindakan.
Sesi ceramah telah menampilkan seorang penceramah terkenal dari IPG Perlis,iaitu Dr. Chow Fook Meng.Kursus ini berlangsug dari jam 0900 pagi-1500 petang.
Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan kajian tindakan dengan begitu berkesan sekali.
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
S/U Perkembangan Staf,
SMSains Raja Tun Azlan Shah.






Tuesday, March 2, 2010

KEJOHANAN OLEHRAGA SMSD 2010

Kejohanan Olahraga SMSD 2010 telah diadakan pada 22, 23, 24 dan 25 Februari 2010. Pada 22, 23, dan 24 Februari acara dilangsungkan pada pukul 3.00 petang. Pada 25 Februari 2010 Kejohanan Olahraga SMSD berlangsung sepanjang hari. Rumah Tun Telanai Johan Olahraga SMSD 2010

acara berlangsung


peserta dilepaskan

acara berlangsung
Rumah Tun Telanai muncul Johan Kejohanan Olahraga SMSD 2010.Manakala Naib Johan disandang oleh Rumah Megat Panji Alam




Larian SMSD 2010

Larian SMSD tahun 2010 telah diadakan pada 11 Februari 2010. Larian dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Larian dilepaskan oleh Pengetua SMSD. Kategori lelaki bawah 15 tahun dan 18 tahun berlari sejauh 8 km, manakala perempuan bawah 15 tahun dan 18 tahun berlari sejauh 5 km.
persediaan sebelum berlari

sebelum dilepaskan


larian bermula

laluan larian
Johan Larian SMSD 2010 disandang oleh Rumah Bentara Yusuf. Naib Johan bersama pula ialah rumah Megat Panji Alam dan Megat Kembar Ali .



Tuesday, January 12, 2010

BENGKEL PEMBINAAN PELAN STRATEGIK KURIKULUM SIRI 1

SM Sains Lahad Datu telah mengadakan Bengkel Pembinaan Pelan Strategik Kurikulum - Siri 1 pada 08 Januari 2010 (Jumaat),pada pukul 2 petang hingga 5 petang . Kursus ini diadakan di bilik mesyuarat Seri Segama SMSLD dan dihadiri oleh Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM,Pemangku Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru kanan, S/U Kurikulum, S/U Disiplin, S/U Kokurikulum dan 2 orang guru Bimbingan Dan Kaunseling (12 Orang Guru).







Bengkel ini menumpukan perbincangan format dan penambahbaikan Pelan Strategik Kurikulum Sekolah sedia ada yang dibimbing oleh Penolong Kanan Puan Wong Vui Hang.








Bengkel Pembinaan Pelan Strategik Siri 1 ini penting untuk menyeragamkan pembinaan Pelan Strategik Kurikulum Siri 2 yang diadakan pada 15 januari 2010 nanti yang melibatkan semua guru dan panitia masing-masing.



Semoga bengkel ini akan mencapai matlamatnya.





Disediakan oleh,

S/U Pembangunan Staf
SM Sains Lahad Datu
Sabah.