Tuesday, July 1, 2008

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 4


Pada 28 dan 29 Jun 2008 seramai 65 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus ‘Team Building’ untuk semua guru yang diadakan di SAMURA.

Pada 28 Jun 2008, kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 4.30 petang.

Kursus ini diharap dapat memberi kesedaran dan menambah motivasi kepada guru-guru tentang betapa pentingnya melaksanakan tugas secara berganding bahu antara satu sama lain.

Kursus dimulai pada pukul 8.00 pagi dengan Pengamalan 3K diikuti dengan Sekolah Selamat selepas rehat. Pada pukul 2.00 petang kursus diteruskan dengan Budaya Kerja Cemerlang. Kursus berakhir pada pukul 4.00 petang.

Pada hari 29 Jun 2008, kursus dimulai pada pukul 8.00 pagi dengan Membina Pasukan Kerja. Selepas rehat kursus diteruskan dengan Semangat Kerja Berpasukan. Kedua-dua slot ini disampaikan oleh Guru Penolong Kanan, Tn Hj Zakaria bin Haiyun. Kursus ini antara lain menunjukkan sesuatu tugas atau tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan mudah apabila secara berkumpulan dimana setiap ahli bersedia menggabungkan kebolehan dan keupayaan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Pada pukul 2.00 petang kursus diteruskan lagi dengan Komunikasi Berkesan yang disampaikan oleh Pengetua, Tn Hj. Samian bin Sawiyo.

Kursus yang diadakan ini diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan guru-guru dan memantapkan budaya kerja berpasukan.

Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM2278.00 ini diharap berjaya mencapai objektifnya.

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE-3 (SMART SKILL)


SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf kali ke-3 iaitu ‘Smart skill’. Program ini dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 14 Jun 2008 di Dewan Peperiksaan SBPI Gombak. Peserta yang menyertai program ini seramai 64 orang. Program ini dijalankan bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Matlamat program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga guru yang lebih efektif dan inovatif serta lebih bertanggungjawab dalam memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan.

Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel dan sesi soal jawab oleh penceramah jemputan iaitu En. Mohd. Dawi Bin Ithnin, pegawai dari Institut Aminuddin Baki. Kos bagi menjayakan program ini sebanyak RM 992 iaitu meliputi bayaran makanan dan saguhati penceramah.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancer seperti yang dirancangkan. Guru-guru telah memberikan kerjasama dan komimen yang jitu bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh,
En. Mohd. Fuad Bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf SBPI Gombak

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE-2 (EMOTION QUOTIENT (EQ) AND SPIRITUAL QUOTIENT(SQ))


SBP Integrasi Gombak mengadakan program Perkembangan Staf kali ke-2 pada hari Rabu bersamaan 11 Jun 2008. Peserta yang menyertai program ini seramai 66 orang. Ia dijalankan di Dewan Peperiksaan SBPI Gombak.

Matlamat program ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab , efektif dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengn penuh keikhlasan dan berterusan.

Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel serta sesi soal jawab. Penceramah jemputan merupakan pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor iaitu Tuan Haji Mohammed Ghazali Bin Hamzah. Kos bagi menjayakan program ini sebanyak RM 504 yang meliputi perbelanjaan makanan dan saguhati penceramah.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ia telah memberi impak yang positif kepada semua guru yang hadir. Para guru telah memberikan maklumbalas yang positif memandangkan tajuk yang disampaikan amat bertepatan bagi melahirkan warga guru yang benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Disediakan oleh,
En. Mohd. Fuad Bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf SBPI Gombak

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE-3 (SMART SKILL)

SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf kali ke-3 iaitu ‘Smart skill’. Program ini dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 14 Jun 2008 di Dewan Peperiksaan SBPI Gombak. Peserta yang menyertai program ini seramai 64 orang. Program ini dijalankan bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Matlamat program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga guru yang lebih efektif dan inovatif serta lebih bertanggungjawab dalam memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan.

Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel dan sesi soal jawab oleh penceramah jemputan iaitu En. Mohd. Dawi Bin Ithnin, pegawai dari Institut Aminuddin Baki. Kos bagi menjayakan program ini sebanyak RM 992 iaitu meliputi bayaran makanan dan saguhati penceramah.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancer seperti yang dirancangkan. Guru-guru telah memberikan kerjasama dan komimen yang jitu bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh,
En. Mohd. Fuad Bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf SBPI Gombak

Monday, June 30, 2008

SEMINAR PERKEMBANGAN STAF STF 2008


Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru telah mengadakan Seminar Perkembangan Staf pada 21 Jun 2008 dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seminar ini telah diadakan di di Bilik Mesyuarat Sekolah Tun Fatimah. Seminar ini telah dihadiri oleh 60 orang guru.

Seminar ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru di sekolah ini. Seminar terbahagi kepada dua sesi.
Sesi pertama bertajuk " Concept Behind Head Count" ( How to Read A Data)
Dalam sesi ini guru diberi pendedahan tentang strategi peningkatan prestasi akademik melalui head count dan post mortem.
Sesi kedua bertajuk " Drive to Excellent".
Untuk sesi ke dua guru didedahkan bagaimana penampilan dan personaliti sebagai seorang penjawat awam.

Ceramah disampaikan oleh Tengku Azuan Tengku Mohamed. Sebagai seorang mantan pengetua yang telah berkhidmat di beberapa buah SBP beliau telah menyampaikan isi ceramah dengan begitu berkesan sekali.

Seminar ini telah melibatkan kos berjumlah RM 2000.00 ( RM : Dua Ribu sahaja)

Semoga seminar ini dapat manfaat oleh semua peserta untuk menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh;
Cik Norsilah Kamaruddin dan Puan Rosmah Abdullah

LAPORAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL 2008 SIRI 2

SMS Tun Syed Sheh Shahabudin telah mengadakan Seminar Pendidkan bertajuk “The key to successful classroom practice in all societies is the teacher’s capacity to cater for the diversity of learners.” Oleh Cik Izan Zhariza binti Izhar dan Theoretical perspectives of Peer-assisted Learning Strategy (PALS) oleh En. Tan Khan Aun dan Qulity Control : Issues and Problems oleh Cik Wan Maziha bt. Wan Jaafar, untuk guru-guru sekolah ini pada 28 Jun 2008 . Ceramah di adakan di Bilik persidangan Sekolah dan di hadiri oleh 69 orang guru SMS SMS Tun Syed Sheh Shahabudin.
Seminar ini di adakan untuk menyedarkan tentang isu dan kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa dan terkini. Perbincangan di lakukan oleh guru cemerlang, guru baru dan guru pelatih yang mendapat pendedahan semasa tentang kaedah terkini.
Program dimulakan dengan pendaftaran pada pulul 8.00 hingga 8.30 pagi. Ucapan aluan oleh pentadbir sekolah 8.30 – 9.30 pagi.
Ceramah pertama . “The key to successful classroom practice in all societies is the teacher’s capacity to cater for the diversity of learners.” Oleh Cik Izan Zhariza binti Izhar.
Ceramah kedua Theoretical perspectives of Peer-assisted Learning Strategy (PALS) oleh En. Tan Khan Aun.
Ceramah ketiga Qulity Control : Issues and Problems oleh Cik Wan Maziha bt. Wan Jaafar.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 1185.50 (Satu ribu satu ratus lapan puluh lima dan lima puluh sen)

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SMSTSSS
LAPORAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL 2008 SIRI 1

SMS Tun Syed Sheh Shahabudin telah mengadakan Cemarah Isu Global untuk guru-guru sekolah ini pada 14 Jun 2008 . Ceramah di adakan di Dewan Besar Sekolah dan di hadiri oleh 69 orang guru SMS SMS Tun Syed Sheh Shahabudin.
Kursus ini di adakan untuk menyedarkan tentang isu global semasa yang telah melanda dunia ini. Perbincangan di lakukan tentang punca dan cara untuk mengatasi masalah ini.
Program dimulakan dengan pendaftaran pada pulul 8.00 hingga 8.30 pagi. Satu sesi permainan diadakan di padang bersama dengan ahli keluarga guru dan pelajar pada pukul 8.30 – 9.30 pagi.
9.30 – 10.30 Ucapan aluan oleh Tuan Pengetua, bacaan doa, ikrar dan nyanyian serta persembahan di adakan.
Ceramah oleh guru cemerlang SMS Tun Syed Sheh Shahabudin yang juga aktivis alam sekitar En. Tan Khan Aun dengan tajuk Water Is life – Let Every Drop Count. Majlis di akhiri dengan persembahan pelajar dan jamuan tengahari.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 890.00 (Lapan ratus sembilan puluh sahaja)

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SMSTSSS