Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan Bulanan (Bulan Jun) SMSLD


Perhimpunan Bulanan Jun telah dijalankan pada 02 Julai 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Segama bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah En. Sudirman Kaspin (Guru Kanan Kemanusiaan) yang bertajuk ‘Pengucapan Awam’ yang menyentuh mengenai kaedah pengucapan awam berkualiti khusus untuk penjawat awam. Seterusnya, Cik Wong Jieh Jing yang berkongsi maklumat mengenai EMIS DATA dengan menunjukkan kaedah pengisian maklumat staf di laman web berkaitan. Pembentang ketiga ialah Cik Rokiah Arsad (Ketua Kerani Sekolah) yang bertajuk ‘ Pengistiharan Harta’ dengan menunjukkan kaedah mengisi borang berdasarkan pekeliling dan peraturan yang berkaitan. Akhir sekali, pembentangan daripada Puan Wong Vui Hang (Penolong Kanan Akademik) yang memberi taklimat perkembangan terkini berkaitan analisis kehadiran staf dan penghantaran buku rekod mengajar guru. Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 60 orang kakitangan sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Perhimpunan Bulanan (Bulan Mac) SMSLD


Perhimpunan Bulanan kali ini telah dijalankan pada 05 Mac 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Dewan Seri Bayu bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah En. Hasli Basri yang bertajuk ‘Etika Berpakaian Uniform’ yang berkaitan pengetahuan, penampilan dan disiplin anggota unit beruniform. Seterusnya, En. Tia Yee Hien (Guru Kanan Sains & Matematik) yang membentang dengan tajuk ‘Apakah Bentuk Harian Anda’ yang menghuraikan mengenai pengurusan masa yang efisien. Akhir sekali, pembentangan daripada Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Eko Sukohidayat Bin Sunarto yang bertajuk ‘Pencerapan Dalam Kelas’ yang menghuraikan mengenai aspek-aspek pencerapan . Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 68 orang kakitangan sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Perhimpunan Bulanan (Bulan Januari) SMSLD


Perhimpunan Bulanan kali pertama telah dijalankan pada 29 januari 2010 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan ini diadakan di Dewan Seri Bayu bermula jam 2.00 petang.
Pembentang pertama ialah Ust. Puzi Othman (Penolong Kanan Kokurikulum) yang bertajuk Protokol yang menyentuh mengenai protokol pengucapan dan pemakaian khusus untuk penjawat awam. Seterusnya, En. Ahmad Mat Ali (Penolong Kanan HEM) yang memaparkan tayangan video yang bertajuk ‘Cerita Seorang Guru’. Pembentang ketiga ialah Puan Wong Vui Hang (Penolong Kanan Akademik) yang bertajuk ‘ Action Research: An Overview’ yang berkaitan dengan kepentingan kajian tindakan. Akhir sekali, pembentangan daripada Pengetua Cemerlang, Tuan. Haji Eko Sukohidayat Bin Sunarto yang bertajuk ‘Teamwork: Bekerja Sebagai Satu Pasukan’. Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 70 orang kakitangan sekolah. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Untuk Guru Baru SMSLD


Kursus tersebut diadakan pada 09-10 Febuari 2010 jam 2.30 petang – 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Segama, SM Sains Lahad Datu Sabah. Kumpulan sasaran kursus ini ialah guru baru seramai 18 orang.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan profesionalisme perguruan terhadap guru baru. Di dalam kursus ini, para peserta di dedahkan dengan kaedah penggunaan aplikasi ISIS dan APMS yang telah disampaikan oleh Ust. Yusri Yusoff. Seterusnya, taklimat pengurusan panitia bertajuk P&P Berkesan yang disampaikan oleh En. Jupri Basari (Guru Kanan Teknik & Vokasional). Pada keesokkan harinya, peserta didedahkan dengan pencerapan P&P berdasarkan SKPM yang disampaikan oleh En. Sudirman Kaspin (Guru Kanan Kemanusiaan) dan seterusnya, En. Ahmad Abd Rauf (Guru Kanan Bahasa) membentang mengenai ‘headcount’. Akhir sekali, Puan Wong Vui Hang (Penolong Kanan) member taklimat mengenai Matlamat dan halatuju SMSLD dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta terlibat.

Bengkel Pembinaan Plan Strategik Kurikulum Sekolah LDP Siri 2 SMSLD


Bengkel tersebut diadakan pada 15 Januari 2010 jam 2.00 petang – 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Segama, SM Sains Lahad Datu Sabah. Bengkel ini melibatkan semua guru. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Pembinaan Strategik Siri 1 yang dijalankan 8 Januari yang lalu.
Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan dan mengharmonikan rangka kerja yang telah dibina pada masa lalu dalam Pembinaan Plan Strategik Sekolah untuk satu tempoh jangkamasa sehingga tahun 2012. Bengkel ini mencapai objektifnya apabila memaparkan plan strategik yang ‘solid’ untuk rujukan pada masa akan datang.

Bengkel Pembinaan Plan Strategik Kurikulum Sekolah LDP Siri 1 SMSLD




Bengkel tersebut diadakan pada 08 Januari 2010 jam 2.00 petang – 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Segama, SM Sains Lahad Datu Sabah. Bengkel ini melibatkan semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan, Kaunselor Sekolah, Setiausaha Kurikulum, Setiausaha Disiplin dan Setiausaha Kokurikulum.
Bengkel ini bertujuan untuk membuat rangka kerja dalam Pembinaan Plan Strategik Sekolah untuk satu tempoh jangkamasa sehingga tahun 2012. Rangka kerja tersebut merangkumi format yang akan dibengkelkan dengan semua panitia terlibat pada masa yang akan di tentukan.

Wednesday, August 18, 2010

LAPORAN LDP STAR KE 4 2010




LAPORAN LDP STAR 2010
LDP Guru ke 4 telah disampaikan oleh Pn Abidah Bt Sarajul Haq, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris STAR pada hari Isnin 9 Ogos 2010, di Bilik Persidangan STAR bermula pada jam 3.00 sehingga 5.00 petang dengan tajuk
Peranan Guru Cemerlang Ke Arah Pendidikan Terbilang.
Dalam sesi ini, Pn Abidah telah menekankan pentingnya guru-guru memainkan peranan mereka secara professional, sentiasa tabah dan berwawasan positif untuk membangunkan pelajar dan sekolah.Beliau turut berkongsi idea tentang bidang tugas dan tanggungjawab Guru Cemerlang serta bagaimana menyediakan diri untuk menjadi seorang Guru Cemerlang .
Di akhir sesi beliau telah menerangkan cara-cara penyediaan Buku Rekod Mengajar seperti yang disarankan oleh panel Nazir.
Sesi LDP kali ini telah membuka minda guru kearah menyediakan diri masing-masing untuk menambahkan bilangan Guru Cemerlang seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran untuk peningkatan kualiti pendidikan Negara.