Wednesday, August 18, 2010

LAPORAN LDP STAR KE 3 2010























LAPORAN LDP STAR KE 3 2010

LDP Guru ke 3 telah dijalankan pada 3 Ogos 2010, di Bilik Persidangan STAR bermula pada jam 3.00 sehingga 5.00 petang. Program ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Zabidi Bin Nordin, Guru Cemerlang Geografi STAR dengan tajuk Aplikasi Pendekatan Kajian Tindakan Dalam P&P.
Antara intipati yang telah disampaikan ialah aplikasi pendekatan Kajian Tindakan penting bagi menghasilkan P&P berkualiti selaras dengan misi STAR terkini. Disamping itu Encik Mohd Zabidi juga telah berkongsi idea tentang masaalah-masaalah dalam P&P dan cara menangani nya dengan persediaan mengajar dan persediaan belajar pelajar yang terancang.
Sebelum LDP berakhir, Tuan Haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR , telah membentangkan Amalan 5S kearah menrealisasikan STAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

LAPORAN LDP STAR KE 2 2010











LAPORAN LDP STAR KE 2 2010

LDP STAR kali ke 2 telah diadakan pada 23 Jun 2010 di Bilik Persidangan STAR bermula pada jam 1.15 petang.
Sesi LDP kali ini juga disampaikan oleh En Mohmad Ghuffri Bin Alpiah, Pengetua Cemerlang STAR bertajuk Teras Kejayaan Sesebuah Organisasi. Antara intipati yang telah dibincangkan dalam sesi kali ini adalah
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada;

a) Unity (Perpaduan)
b) Teamwork (Kerja sepasukan)
c) Team Player’s (Berperanan)
d) Internalisation (Penghayatan)
e) Culturalisation (Pembudayaan)

Sesi LDP ini telah dihadiri oleh 55 orang guru dan tamat pada jam 3.30 petang.

LAPORAN LDP STAR 2010




SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH
LAPORAN LDP STAR 2010













LDP STAR kali pertama telah diadakan pada 07 April 2010 bermula pada jam 1.15 petang yang diadakan di MLT dimana Tuan Pengetua, En Mohmad Ghuffri Bin Alpiah telah membuat perbentangan buku bertajuk Amalan Reflektif Kearah Peningkatan Profesionalisme Guru oleh En Boon Kong Ying.

Antara kupasan yang telah dibuat adalah;
1. Kualiti guru asas kecemerlangan guru dan sekolah.
2. Kewibawaan guru tonggak kepada profesionalisme guru.
3. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang dirinya dan amalan P&P.
4. Usaha guru untuk tingkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, keterampilan, kemahiran dan pembentukan sahsiah.
5. Guru dapat bergerak seiring dengan era kemajuan teknologi.

Sesi LDP kali ini dihadiri oleh 53 orang guru dan tamat pada jam 3.15 petang.

Sunday, August 1, 2010

Kursus Perkembangan Staf



KURSUS PENYELENGGARAAN ELEKTRIK DAN ANALISIS ITEM






SMSains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan kursus perkembangan Staf pada 31 Julai 2010.

Sesi Pertama bertajuk Kursus Penyelenggaraan Elektrik telah diadakan di Bengkel KHB/Reka Bentuk & Teknologi untuk semua kakitangan sekolah.Semua yang hadir berjaya menyiapkan pemasangan pendawaian"Extension Cord".Kursus ini disampaikan oleh guru-guru KHB.

Sesi Kedua pula diadakan di Bilik Gerakan sekolah bertajuk Analisis Item (Perealisasian).Kursus ini hanya melibatkan guru-guru sahaja.Kursus ini bertujuan untuk membantu guru menghasilkan item yang berkesan.Penceramah jemputan ialah Encik Mohamad Khairi b. Mat Said Guru Cemerlang dari SMKA Sultan Azlan Shah.Beliau telah menyediakan fail contoh analisis item untuk kegunaan guru-guru.

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.







Disediakan oleh,
S/U Perkembangan Staf,
SMSains Raja Tun Azlan Shah

Thursday, July 29, 2010

Perkembangan Staf


Team Building


Kursus ini telah disampaikan oleh En. Muhd. Zulkhairi bin Abdullah pada 10 Julai 2010.

SMSains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan kursus Team Building untuk guru-guru. Kursus ini diadakan di Pusat Latihan Telekom Taiping dan dihadiri oleh 55 orang guru.

Kursus ini dijalankan bagi membantu guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks secara kolektif,menyedarkan guru-guru tentang pengurusan berkumpulan adalah lebih produktif.Kursus ini juga dijalankan untuk mewujudkan hubungan yang baik dan akrab di kalangan para guru agar dapat berganding bahu bagi melahirkan anak bangsa yang mempunyai sahsiah,akademik dan kokurikulum yang cemerlang.

Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dan kesetiakawan dalam organisasi.



Disediakan oleh,
S/U Perkembangan Staf,
SMSains Raja Tun Azlan Shah

Tuesday, July 20, 2010

Program Perkembangan Staf-Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster



Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf yang bertajuk Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster.
Kursus ini telah dihadiri seramai 61 orang guru pada 13 Jun 2010 bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak. Matlamat program ini dijalankan agar guru-guru dapat mengetahui tentang ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster serta prasyarat Sekolah Berprestasi Tinggi. Di samping itu, kursus ini dijalankan untuk meningkatkan tahap profesionalisma guru khususnya berkaitan Sekolah Berprestasi Tinggi. Kursus ini juga dijalankan agar dapat meningkatkan kualiti keterampilan, daya saing dan produktiviti seorang guru.
Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, tayangan serta sesi soal jawab. Program ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff, Pengetua Kanan SBP Integrasi Gombak dan Encik Salleh bin Ismail, Guru Penolong Kanan SBP Integrasi Gombak.
Konklusinya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru telah menunjukkan minat yang mendalam serta komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan objektif kursus ini tercapai.

Disediakan oleh,
Guru Perkembangan Staf,
SBP Integrasi Gombak

program perkembangan staff pengurusan tekanan dan team building.



SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staff yang bertajuk pengurusan tekanan dan team building. Kursus ini telah dihadiri oleh 39 orang guru SBP Integrasi Gombak. Progam ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 6 Jun hingga 8 Jun 2010 di Desa Authrium, Cameron Highland, Pahang.
Kursus ini djalankan bagi menyediakan warga guru yang berkualiti dan berketerampilan serta dapat meningkatkan kompetensi, daya saing produktiviti, kejujuran serta ikhlas dalam bekerja. Disamping itu, progam ini bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme warga guru khususnya dari sudut personaliti dan pengurusan tekanan. Disamping itu, dapat meningkatkan ukhuwah dan jati diri dikalangan guru SBP Integrasi Gombak. Pengisian yang disampaikan dalam bentuk ceramah, bengkel, pembentangan, sesi soal jawab, treasure hunt, lawatan, senamrobik dan penyampaian hadiah serta penilaian. Program yang berbentuk ceramah telah disampaikan oleh Encik Salleh Bin Ismail, guru penolong kanan dan Encik Mohd Fuad, kaunselor sekolah.Kos bagi progam ini dibiayai sepenuhnya oleh PIBG SBP Integrasi Gombak.
Tuntasnya, program ini dapat berjlan dengan lancar dan jayanya. Para guru telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik bagi melancarkan lagi program-program yang dirancang. sememangnya program ini wajar diteruskan agar dapat melahirkan warga pendidik yang lebih prihatin, berwibawa serta memberikan komitmen yang jitu dalam semua aspek.

Disediakan oleh,
Guru Perkembangan Staf,
SBP Integrasi Gombak.