Monday, August 4, 2008

Kursus Asas Kawad Kaki




PENGENALAN

Program ini merupakan satu program yang baharu di bawah pembangunan staf SM Sains Labuan. Ia merupakan satu program yang di ilhamkan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Ali bin Haji Deros dengan kerjasama Pihak Bomba dan Penyelamat W.P. Labuan.

RASIONAL

Program ini diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan guru mengenai asas kawad kaki dan cara memberi arahan . Dengan pengetahuan ini , ia dapat membantu pihak guru dalam memberi arahan kepada para pelajar semasa latihan kawad terutama pada setiap hari rabu ( Hari Kokurikulum)

PELAKSANAAN

Tarikh : 25 Julai 2008

Tempat : Bilik Mutiara dan Dataran Sekolah

Masa : 2.30 petang – 5.00 petang

Peserta : Semua guru SM Sains Labuan

PENCERAMAH/JURULATIH

Semua Penceramah dan Jurulatih dari Balai Bomba Layang-layangan W.P. Labuan

1. En. Mazidi bin Rosli

2. En. Khairizan

3. En. Ardi bin Awang Tuah

4. En. Sharip

PERBELANJAAN

JUMLAH KESELURUHAN : RM 463.00


Ceramah Asas kawad Kaki Teori dan Praktikal LDP SBPI Jempol 2008

Pada tanggal 31hb Julai 2008, satu ceramah berkaiatn dengan Asas Kawad kaki telah diadakan. Ceramah ini telah dihadiri seramai 40orang bermula dari pukul 2.30pm sehingga 6.30pm (4jam). Ceramah ini telah disampaikan oleh ENcik Shahrin bin Ahmad merupakan Jurulatih Kawad KPM dari SMK Seri Jempol. Ceramah ini di bahagikan kepada dua slot dimana slot pertama dimulakan dengan ceramah berkaitan kwad dan ciri jurulatih yang baik. pada slot yang kedua di jalankan praktikal kawad. semua guru menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi ketika berkawad. Ceramah ini telah menelan belanja sebanyak rm930.00. Diharapkan ceramah ini banyak memberi manfaat serta pengetahuan kepada guru dan dapat di panjangkan kepada para pelajar. sekian

Disediakan oleh
SU Perkembangan Staf

BUDAYA KERJA BERPASUKAN DI SASER


Kursus Dalaman ini telah diadakan pada 23 Julai 2008 mulai jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn Hjh Norbi bt Hj. Husin, Rektor Kolej Antarabangsa Melayu, Dunia Islam, Melaka.


Budaya kerja adalah cara kerja yang berdasarkan suatu system nilai yang dipegang oleh setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi. Budaya kerja korporat terdiri daripada beberapa ciri iaitu matlamat yang jelas, perancangan, pengendalian sumber secara berkesan, mengawal proses, meletakkan standard tertentu dan membuat pemantauan.


Acapkali budaya kerja ini tidak tercapai kerana terdapatnya beberapa perkara yang dianggap kurang penting seperti visi dan misi tidak dapat direalisasikan, kepatuhan kepada ketua dan tidak sedia mempraktikkan konsep “tugas merentasi tugas “. Selain daripada itu, kakitangan juga kurang menerapkan nilai-nilai etika kerja,nilai-nilai murni dan budaya organisasi.


Apakah panduan-panduan bagi membentuk sebuah budaya kerja berpasukan?


Perkara paling utama ialah membentuk peribadi cemerlang seperti amanah, benar bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang.Kedua, mengurus emosi diri dengan baik. Ciri ketiga ialah kesedaran dan kemahiran sosial.Contoh-contoh cirri ini ialah empati, membantu rakan, memberi galakan kepada rakan dan bersifat setia kawan.Perbelanjaan untuk mengendalikan kursus RM 200.00


Disediakan oleh:

En. Roslie b. Ahmad


Guru Penolong Kanan


SM Sains Seremban

ENGLISH COMMUNICATIVE SKILLS AT SASER



Kursus Dalaman ini telah disampaikan oleh En Azmin Sharin bin Abd Rahim pada 26 Julai 2008 mulai jam 8.00 pg hingga 4.30 ptg. Tajuk kursus yang disampaikan beliau Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (English Communicative Skills). Ceramah disampaikan dibahgaikan kepada 3 sesi. Sesi pertama menyentuh cara mengatasi kegemuruhan, merancang ucapan, kepelbagaian nada suara dan bahasa badan. Ses kedua menyentuh gaya sebutan yang betul dan sesi akhir merupakan bengkel latihan berucap di khalayak ramai dan sesi soal jawab. Penceramah memberikan teguran yang membina agar guru dapat memperbaiki kelemahan sama ada dari segi bahasa badan, sebutan, gerakan tangan, ekspresi muka dan interaksi mata.

Perbelanjaan kursus RM 800.00



Disediakan oleh:

En. Roslie b. Ahmad


Guru Penolong Kanan


SM Sains Seremban

Sunday, August 3, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SBPIS siri 6/2008 - 31 JULAI 2008

Tajuk :
Tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS
Penceramah : En Ahmad Johari
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Sasaran : Semua guru

Saturday, August 2, 2008

LDP Moz@c siri 5/2008

latihan dalam perkhidmatan siri ke 5 pagi ini 2 ogos diadakan dengan beberapa pengisian antaranya adalah
a)senam robik staff bersama pelajar dan mempelajari gerak tari tarian poco-poco
b)aktiviti sistem rumah dan perlatikan ajk 2008/2009

c)ceramah tentang LCMS web mozac.edu.my oleh En Sazali Sidek
d)ceramah dan siri latihan perisian pengajaran dan pembelajaran oleh Cik Noor Haida

i) i- spring
ii) mind jet
iii)photoshare

Semua aktiviti diadakan dalam kawasan sekolah dengan kehadiran 58 orang guru .Latihan yang dirancang pagi ini berjalan lancar dan mencapai tujuannya untuk menyemai kecergasan ,membentuk kerjasama sepasukan dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran .Kos latihan dalah RM 780.00.

Friday, August 1, 2008

LAPORAN 'EXECUTIVE TALK' SMSLD



‘Executive Talk” dalam kalangan kakitangan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu adalah satu kursus yang berorientasikan kemahiran dalam pemantapan kerja di sekolah ini. Ia merangkumi aspek pentadbiran, pengurusan kerja dan motivasi di dalam suasana kerja yang kondusif. ‘Executive Talk’ ini adalah perlu untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan, meningkatkan akhlak, memupuk rasa tanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri demi kemajuan SMSLD.

Tarikh : 1 Ogos 2008
Masa : 2.30 – 5.00 pm
Tempat : Dewan Seri Bayu, SMSLD
Peserta : 60 orang
Kos : RM180.00

Kandungan ‘Executive Talk’ ke 6:

1) Slot 1: En. Mohd Fadzali Bin Buang (Juruteknik)
· Perkembangan penyelenggaraan sekolah

2) Slot 2: En. Amzari Bin Hassan (Guru)
· Pengalaman bersama rombongan dari Jepun di Lembah Danum, Lahad Datu (Program Borneo jungle School)

3) Slot 3: En. Mohd Redzuan Bin Hashim (Penolong Kanan Kokurikulum)
· Perancangan Strategik Kokurikulum

4) Slot 4: En . Shafian Bin Ishak (Penolong Kanan HEM)
· Tayangan filem mengenai isu disiplin

5) Slot 5: Pn. Wong Vui Hang (Penolong Kanan)
· Pengurusan Kewangan