Monday, July 9, 2012

Program Peningkatan Profesionalisme Guru dan Staf (team building) 2012







SBP Integrasi Gombak telah mengadakan Program Peningkatan Profesionalisme Guru dan Staf (team building) pada 6 Julai hingga 7 julai 2012 di Tiara Beach Resort Port Dickson.Seramai 68 orang guru dan staf telah terlibat dengan program tersebut. Program ini dijalankan dengan menggunakan peruntukan SBT iaitu sebanyak RM10,000 iaitu pembayaran hotel sebanyak RM9490 dan RM510 untuk peralatan dan hadiah.
         Tujuan program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga kerja yang berkualiti dan berketerampilan dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap positif. Di samping itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kompetesi, daya saing, barisan produktiviti, kejujuran serta ikhlas dalam bekerja. Di samping itu juga, program ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga kerja SBP, meningkatkan hubungan ukhuwah, serta membina jati diri warga kerja SBPI Gombak.
         Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, ice breaking, team building, senamrobik dan sesi soal jawab. Pengendali program ini terdiri daripada guru kaunseling sekolah, guru LADAP serta Pengetua SBP Integrasi Gombak. Berdasarkan soal selidik yang diberi, didapati bahawa program ini amat memberi impak khususnya dari aspek hubungan antara warga kerja SBPI Gombak serta ilmu pengetahuan berkaitan budaya kerja yang cemerlang dan efektif.
        Kesimpulannya, program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru dan staf dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan seterusnya akan dapat melahirkan warga kerja yang produktif, proaktif dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Disediakan oleh;

Setiausaha LADAP
(SBP Integrasi Gombak)