Thursday, July 29, 2010
Perkembangan Staf
Team Building
Kursus ini telah disampaikan oleh En. Muhd. Zulkhairi bin Abdullah pada 10 Julai 2010.
SMSains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan kursus Team Building untuk guru-guru. Kursus ini diadakan di Pusat Latihan Telekom Taiping dan dihadiri oleh 55 orang guru.
Kursus ini dijalankan bagi membantu guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks secara kolektif,menyedarkan guru-guru tentang pengurusan berkumpulan adalah lebih produktif.Kursus ini juga dijalankan untuk mewujudkan hubungan yang baik dan akrab di kalangan para guru agar dapat berganding bahu bagi melahirkan anak bangsa yang mempunyai sahsiah,akademik dan kokurikulum yang cemerlang.
Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dan kesetiakawan dalam organisasi.
Disediakan oleh,
S/U Perkembangan Staf,
SMSains Raja Tun Azlan Shah
Tuesday, July 20, 2010
Program Perkembangan Staf-Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf yang bertajuk Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster.
Kursus ini telah dihadiri seramai 61 orang guru pada 13 Jun 2010 bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak. Matlamat program ini dijalankan agar guru-guru dapat mengetahui tentang ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster serta prasyarat Sekolah Berprestasi Tinggi. Di samping itu, kursus ini dijalankan untuk meningkatkan tahap profesionalisma guru khususnya berkaitan Sekolah Berprestasi Tinggi. Kursus ini juga dijalankan agar dapat meningkatkan kualiti keterampilan, daya saing dan produktiviti seorang guru.
Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, tayangan serta sesi soal jawab. Program ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff, Pengetua Kanan SBP Integrasi Gombak dan Encik Salleh bin Ismail, Guru Penolong Kanan SBP Integrasi Gombak.
Konklusinya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru telah menunjukkan minat yang mendalam serta komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan objektif kursus ini tercapai.
Disediakan oleh,
Guru Perkembangan Staf,
SBP Integrasi Gombak
program perkembangan staff pengurusan tekanan dan team building.
SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staff yang bertajuk pengurusan tekanan dan team building. Kursus ini telah dihadiri oleh 39 orang guru SBP Integrasi Gombak. Progam ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 6 Jun hingga 8 Jun 2010 di Desa Authrium, Cameron Highland, Pahang.
Kursus ini djalankan bagi menyediakan warga guru yang berkualiti dan berketerampilan serta dapat meningkatkan kompetensi, daya saing produktiviti, kejujuran serta ikhlas dalam bekerja. Disamping itu, progam ini bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme warga guru khususnya dari sudut personaliti dan pengurusan tekanan. Disamping itu, dapat meningkatkan ukhuwah dan jati diri dikalangan guru SBP Integrasi Gombak. Pengisian yang disampaikan dalam bentuk ceramah, bengkel, pembentangan, sesi soal jawab, treasure hunt, lawatan, senamrobik dan penyampaian hadiah serta penilaian. Program yang berbentuk ceramah telah disampaikan oleh Encik Salleh Bin Ismail, guru penolong kanan dan Encik Mohd Fuad, kaunselor sekolah.Kos bagi progam ini dibiayai sepenuhnya oleh PIBG SBP Integrasi Gombak.
Tuntasnya, program ini dapat berjlan dengan lancar dan jayanya. Para guru telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik bagi melancarkan lagi program-program yang dirancang. sememangnya program ini wajar diteruskan agar dapat melahirkan warga pendidik yang lebih prihatin, berwibawa serta memberikan komitmen yang jitu dalam semua aspek.
Disediakan oleh,
Guru Perkembangan Staf,
SBP Integrasi Gombak.
Subscribe to:
Posts (Atom)