Sunday, October 25, 2009
KURSUS PERKEMBANGAN STAF-'GIFTED AND TALENTED EDUCATION' DAN KOMUNIKASI BERKESAN
SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf kali ke-5 pada hari Sabtu bersamaan 24 Oktober 2009.Guru yang telah menyertai program ini seramai 49 orang.Program ini telah dijalankan di Ball Room,Hotel Dynasty,Kuala Lumpur.Penceramah bagi program ini ialah Puan Noraini binti Ishak,guru kanan mata pelajaran bahasa dan Encik Zulkifli bin Md Top,guru cemerlang Bahasa Melayu.Matlamat program ini agar dapat melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab,efektif dan inovatif,dapat mengenalpasti ciri-ciri pelajar 'gifted' ,memperkenalkan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menaikkan minat pelajar ini serta meningkatkan lagi dari sudut komunikasi guru-guru yang lebih berkesan.Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah,perbengkelan,pengucapan awam,pembentangan dan sesi soal jawab.Kos bagi menjayakan program ini ialah sebanyak RM3900.00.
Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Ini telah memberikan satu pengetahuan yang baru kepada guru-guru bagaimana berhadapan dengan pelajar-pelajar yang 'gifted' dan 'talented'.Di samping itu guru-guru juga dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan berkaitan dengan komunikasi berkesan yang pastinya akan diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan seharian.Para guru juga telah memberikan maklum balas yang positif memandangkan tajuk yang disampaikan amat bertepatan dan bersesuaian dengan pelajar-pelajar SBP yang ramai di kalangan mereka 'gifted' dan 'talented'.
Disediakan oleh
Mohd Fuad bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak.
Subscribe to:
Posts (Atom)