Thursday, December 18, 2008

Kursus Asas ICT

Kursus asas ICT telah diadakan di SMSK pada 1 November 2008 ,bertempat di Makmal E- Learning. Kursus ini telah dihadiri oleh semua staf sokongan Sekolah Menengah Sains Kuching yang berjumlah seramai 21 orang. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua staf sokongan tentang asas MS Word dan MS Power Point supaya boleh diaplikasi dalam menjalankan tugas seharian.. Antara aktiviti semasa sesi kursus ini adalah penerangan tentang MS Word dan MS Power Point . Sesi kursus ini telah dikendalikan oleh Penyelaras Bestari iaitu En Abdul Taip B Hj Mohd Amin dan Juruteknik Komputer iaitu En Mohamad Bin Karim . Kursus ini melibatkan kos sebanyak RM 330.00. Semoga kursus ini mencapai matlamat .

Laporan disediakan oleh,

Pn Hjh Habshah Bt Khatib

Setiausaha LDP SMSK.em

Wednesday, December 3, 2008

Program Perkembangan Staf Kali ke 9 - Kursus Pengurusan Sistem Rumah dan Kenal Personaliti Diri Ke arah Menjadi Guru Cemerlang



Sbp Integrasi Gombak telah mengadakan Program Perkembangan Staf kali ke 9 yang bertajuk Pengurusan Sistem Rumah dan Kenal Personaliti Diri Ke arah Menjadi Guru Cemerlang. Kursus ini dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaa 14 dan 15 November 2008. Kursus ini telah dihadiri oleh 60 orang guru SBPI gombak.


Kursus ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga pendidik yang bertanggungjawab, efektif dan inovatif. Di samping itu dapat menyediakan warga guru yang lebih berkualiti, berpengetahuan serta berkemahiran di dalam Pengurusan Sistem Rumah. Para guru juga dapat mengenal diri dengan lebih mendalam ke arah melahirkan warga pendidik yang cemerlang.


Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, bengkel, pembentangan dan sesi soaljawab. Program ini telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan HEM Pn. Aini bt Md Jadi serta kaunselor sekolah iaitu Pn. Nor Mahizon bt. Mohd Yusof. Kos bagi membiayai program ini sebanyak RM1764.00 yang meliputi makanan guru dan penceramah selama 2 hari berkursus.


Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.



Disediakan oleh


En. Mohd Fuad bin Abdul Wahab
Guru perkembangan staf SBPI Gombak

Program Perkembangan Staf Kali Ke 8 - Kursus Pengurusan File dan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan



Sbp Integrasi Gombak telah mengadakan program Perkembangan Staf kali ke 8 iaitu yang bertajuk Kursus Pengurusan File dan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Program ini dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaan 7 dan 8 November 2008 di bilik mesyauarat Sbpi Gombak. Peserta yang menyertai program ini seramai 63 orang.


Matlamat program ini dijalankan untuk melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab , efektif dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Di samping itu dapat melahirkan warga guru yang berkualiti, berpengetahuan serta berkemahiran dalam pengurusan file.


Pengisian program ini dalam bentuk ceramah, bengkel dan sesi soal jawab oleh pn. pengetua Pn Hajjah Norlia binti Mohd Shuhaili serta guru penolong kanan Encik Salleh bin Ismail. Kos bagi menjayakan program ini sebanyak RM1764.00 meliputi makanan guru-guru dan penceramah sepanjang 2 hari berkursus.


Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Guru-guru telah memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu bagi menjayakan program ini.



Disediakan oleh


En. Mohd Fuad bin Abdul Wahab

Guru Perkembangan Staf SBPI Gombak