Thursday, December 15, 2011

latihan dalam perkhidmatan

Active Learning

SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan sessi ceramah yang disampaikan oleh pengetua cemerlang Pn Rahimah binti Mohd Sura yang bertajuk "ACTIVE LEARNING" pada 22 ogos 2011 di bilik Gerakan SERATAS. Tujuan ceramah ini diadakan untuk mendedahkan kepada guru-guru tentang aktiviti-aktiviti yang berkesan semasa P&P supaya pelaajr-pelajar memberi respon yang positif dalam setiap tajuk yang diajar. Banyak perkara yang telah ditekankan bagi meningkatkan prestasi P&P agar mendapat pencapaian yang lebih berkesan .

Sekian terima kasih

Disediakan oleh
Setiuasaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping

Tuesday, December 6, 2011

latihan dalam perkhidmatan

The Role Of The Teacher in Building Leadership Capacity

SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping telah mengadakan ceramah bertajuk
The Role Of The Teacher in Building Leadership Capacity yang telah disampaikan oleh Pn Rahimah binti Mohd Sura pengetua cemerlang SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak pada 8 Ogos 2011 di Bilik Gerakan SERATAS. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memupuk satu kumpulan profesional yang mempunyai daya kepimpinan yang berkualiti dan berdaya saing.
Diharap ceramah ini dapat mendidik dan memotivasi guru supaya lebih proaktif dalam memastikan kecemerlangan sekolah tercapai .

Sekian terima kasih

Disediakan oleh
Setiausaha LDP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak

latihan dalam perkhidmatan

KOMPENTENSI GURU

SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping telah mengadakan sesi taklimat tentang Kompentesi Guru pada 1 ogos 2011 di Bilik Gerakan SERATAS yang disampaikan oleh Pn Pengetua Pn Rahimah binti Mohd Sura. Tujuan taklimat ini diadakan untuk menjelaskan tentang tugas dan peranan guru yang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan satu kumpulan guru yang proaktif untu memastikan kecemerlangan pendidikan. Antara perkara penting yang ditekankan adalah peranan guru mengikut gred yang telah ditetapkan bermula DG41 sehingga DG 54 . Selain daripada itu, pn pengetua juga menjelaskan Model Perubahan Pengurusan.
Semoga taklimat ini mampu memberi motivasi kepada guru supaya bekerja dengan lebih cemerlang.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh
Setiausaha LDP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
Taiping Perak

latihan dalam perkhidmatan

TOASTMASTERS

SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah menjemput beberapa wakil dari Toastmasters Club untuk memberi penerangan kepada guru-guru tentang tujuan penubuhan dan aktiviti Toastmasters.
Taklimat ini juga telah diadakan pada 28 Februari 2011 di bilik Gerakan SERATAs. Dan taklimat tersebut telah disampaiakn oleh Pn May Chia dan Mr Shakers Singh.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh
Setiausaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Monday, December 5, 2011

Latihan Perkembagan Staff

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping ( SERATAS ) telah mengadakan taklimat tentang SKPM pada 24 Januari 2011. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Pengetua
Pn Rahimah binti Mohd Sura di bilik Gerakan SERATAS. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang perlaksanaan SKPM dalam sistem pendidikan.
Taklimat ini juga memberi penjelasan tentang aspek-aspek yang terdapat dalam setiasp standard. Taklimat ini banyak memberi maklumat kepada guru-guru.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh
Setiausaha LDAP
SERATAS


Latihan Perkembagan Staff

PENGURUSAN STRESS

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan ceramah Pengurusan Stress yang telah disampaikan Puan Pengetua Cemerlang Puan Rahimah binti Mohd Sura.
Ceramah ini telah diadakan pada 5 September 2011 di bilik Gerakan SERATAS. Di antara perkara yang disampaikan adalah definisi stress, realiti stress, tanda stress, cara menangani stress dan tips seronok kerja.
Semoga ceramah ini mampu membantu guru-guru menghadapi cabaran semasa bekerja.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh
Setiausaha LDAP
SERATAS

Latihan Perkembagan Staff

Program Prestasi Cemerlang

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping (SERATAS) telah mengadakan aktiviti tersebut pada 16 Mei 2011 di bilik Gerakan SERATAS bertujuan untuk melahirkan ramai guru cemerlang bagi merealisasikan kecemerlangan profesion guru.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan dalam kumpulan bagi merangka beberapa strategi untuk menjayakan hasrat tersebut. Dan diakhir program ini , pembentangan hasil perbincangan telah diadakan untuk penambahbaikan.
Diharapkan aktiviti ini mampu membentuk budaya kerja yang lebih cemerlang.

sekian terima kasih

Disediakan oleh
Setiausaha LDAP
SERATAS

Latihan Perkembagan Staff















Deklarasi Merealisasikan Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan bengkel membincangkan cadangan program untuk menjayakan usaha pihak JPN perak mencapai target dalam bidang Akademik.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Pengetua di bilik Gerakan Sekolah pada 25 April 2011.

Sekian terima kasih



Disediakan Oleh

Setiausaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak