Thursday, July 30, 2009

Program Perkembangan Staf Kali Ke-4 Tahun 2009-Bengkel Penggunaan ICT iaitu Adobe Photoshop




Sbp Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf kali ke-4 pada hari Jumaat bersamaan 24 Julai 2009. Guru yang telah menyertai program ini seramai 51 orang. Program ini dijalankan di Makmal Komputer 1 Sbp Integrasi Gombak. Penceramah bagi program ini ialah Cik Azreen Shazlies binti Abdul Aziz, guru komputer sekolah dan dibantu oleh Encik Syaridan bin Abu Samah fasilitator School NET sekolah.
Matlamat proram ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga kerja yang lebih bertanggungjawab, efektif, inovatif, celik IT serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel serta seisi soal jawab. Kos bagi menjayakan program ini ialah sebanyak RM 483.00.
Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini telah memberikan satu ilmu baru kepada guru-guru agar lebih celik IT serta dapat mengaplikasikan Adope Photoshop ini dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan seharian. Para guru juga telah memberikan maklum balas yang positif memandangkan tajuk yang disampaikan amat bertepatan bagi melahirkan warga pendidik yang lebih efektif dan inovatif dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Disediakan oleh

Mohd Fuad bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf,
Sbp Integrasi Gombak.

Tuesday, July 28, 2009

LAPORAN LDP GURU STAR KE 3/2009




LAPORAN LDP GURU STAR KE 3/2009
Tarikh : 25 Julai 2009
Tempat : Makmal Komputer Bestari / Bilik Persidangan STAR
LDP ke 3 guru-guru STAR di bahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A telah ditempatkan di makmal Bestari untuk kursus pengenalan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang telah disampaikan oleh Cik Norashikin Bt Tajuddin, wakil Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai Sistem Pengurusan Sekolah yang terbaru yang akan menambahbaik sistem pengurusan yang sedia ada.
Kumpulan B ditempatkan di Bilik Persidangan STAR untuk sesi perbentangan Kajian Tindakan subjek Biologi oleh Pn.Wan Mahanum Bt Mior Muhamud dan subjek Sejarah oleh En Asyrafi Bin Che Hassan. Pn Wan Mahanum telah memilih tajuk ‘Meningkatkan Penguasaan Konsep dan Fakta Biologi menggunakan Bio Graphignizer’ dan En Asyrafi memilih tajuk ‘Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui sistem pembelajaran Nota Poket’. Kumpulan B juga mendapat input tentang isu-isu dunia pendidikan hari ini dan cara-cara mengatasi masaalah disiplin di kalangan pelajar SBP yang disampaikan oleh En. Mior Shamsuddin B Mohd Idris, guru kaunseling STAR.
Selepas waktu rehat, kedua-dua kumpulan A dan B akan bertukar tempat. Program telah berjalan dengan lancar. Seramai 44 orang guru telah hadir dengan kos yang telah digunakan sebanyak RM549.00

Saturday, July 18, 2009

LDP Siri 5/09 SAINSKU Kursus Protokol Dan Etiket




Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan kursus Protokol Dan Etiket pada 11 Julai 2009 (Sabtu) Kursus ini diadakan di Bilik Kuliah Sekolah Menengah Sains Kuching dan dihadiri oleh 57 orang guru dan 21 orang staf sokongan . Kursus ini dijalankan adalah untuk memberi ilmu tentang Protokol dan Etiket kepada warga sekolah di samping memberi pendedahan tentang Protokol dan Etiket kepada warga sekolah dalam menyelenggara Majlis Rasmi di sekolah. Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah penyampaian tentang Protokol dan Etiket oleh penceramah, Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh En Ahmad Bin Abdul Aziz seorang Pegawai Program Kanan INTAN. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 1170.00. Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK

LDP Siri 4/09 SAINSKU Komunikasi Penyelidikan


Sekolah Menengah Sains Kuching telah menjadi penyelaras bagi Zon A Kuching dalam mengendali Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk Komunikasi Penyelidikan. Kursus ini telah diadakan pada 26 Mei 2009 (Selasa) bertempat di Bilik Kuliah Sekolah Menengah Sains Kuching dan dihadiri oleh 18 orang Penolong Kanan HEM bagi Zon A, Kuching dan 10 orang guru Sekolah Menengah Sains Kuching. Kursus ini dijalankan adalah untuk memberi ilmu tentang cara menjalankan serta menulis laporan penyelidikan kepada peserta-peserta kursus. Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah penyampaian tentang cara menjalankan penyelidikan peringkat sekolah dan menulis laporan hasil penyelidikan .Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Shapiee Lugom Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 300.00

Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK

LDP Siri 3/09 SAINSKU Kursus Edu Web



Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan kursus Edu Web pada 16 Mei 2009 (Sabtu) .Kursus ini diadakan di Makmal E- Learning Sekolah Menengah Sains Kuching dan dihadiri oleh 53 orang guru. Kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang Edu Web kepada semua guru supaya boleh mempelbagaikan bahan P&P dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah penerangan serta 'hands-on' tentang Edu-Web. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh seorang guru data dari SMS Kuching iaitu En Mohd Puad bin Abdullah Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 530.00 Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:
HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK

Thursday, July 16, 2009

LDP Siri 2/09 SAINSKU KURSUS LAMAN WEB


SMS Kuching telah menggadakan Kursus Laman Web pada 15 Mei 2009. Kursus ini diadakan di Makmal E- Learning dan dihadiri oleh 53 orang guru . Tujuan kursus Laman Web dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada AJK Laman Web supaya mereka boleh menjadi pakar rujuk kepada semua warga SMSK tentang maklumat-maklumat dalam laman web SMSK. Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan tentang cara untuk mengemaskini Laman Web kepada AJK utama dan memberi penerangan kepada semua guru cara untuk menghasilkan Laman Web. Sesi ceramah ini telah disampaikan Cik Norhasni Bt Ismail, Project Manager dari Exuny Technology, Kuala Lumpur. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 390.00.

Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB

Setiausaha LDP SMSK

Tuesday, July 14, 2009

SMSKS LDP 6/2009: FORUM: KEMPEN ANTI-BULI, TEMA: “KUSESS ANTI-BULI, KITA SATU KELUARGA”


Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang memainkan peranan penting dalam mendidik remaja agar berkembang selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara. Bagi tujuan tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG SM Sains Kuala Selangor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan forum "Kempen Anti Buli" di peringkat sekolah sebagai penggerak diri pelajar untuk menghindari perlakuan tersebut. Program ini telah berlangsung pada 11 Julai 2009, bertempat di Dewan Prima SMSKS, dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Melalui program ini diharapkan semua warga sekolah akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang keburukan buli, jenis-jenis buli, ciri-ciri pembuli, dan siapa yang terlibat dengan buli ini, seterusnya bersama-sama membenteras kejadian buli di sekolah.

Panel Forum (Penceramah) jemputan:
1. Encik Khaidir Bin Abdullah (Penolong Pengarah Kanan HEM JPN Selangor)
2. ASP Mohd Faudzi Bin Hemdi (Pegawai Unit Cawangan Khas Ipd Kuala Selangor)
3. Tuan Haji Haslin Bin Baharin (Penceramah Bebas)

Forum ini disasarkan kepada pemua pelajar, ibu bapa dan guru-guru SMSKS.
Semua perbelanjaan untuk menjayakan program ini adalah daripada peruntukan PIBG SMSKS.
"KUSESS ANTI-BULI, KITA SATU KELUARGA"
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

LDP Siri 1/09 SAINSKU P&P Berkesan dan Penulisan Refleksi dalam Buku Rekod

Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan kursus pengajaran dan pembelajaran berkesan dan penulisan refleksi dalam buku rekod pada 2 Mac 2009. Kursus ini diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Sains Kuching dan dihadiri oleh 54 orang guru . Kursus ini dijalankan adalah untuk berkongsi teknik P&P berkesan dan penulisan refleksi dalam buku rekod. Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah perkongsian teknik P&P berkesan dan penerangan cara penilisan refleksi yang betul dalam buku rekod. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh tiga orang Guru Cemerlang SM Sains Kuching. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 270.00Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:
HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK

Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan dan Penulisan Refleksi dalam Buku Rekod


Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan kursus pengajaran dan pembelajaran berkesan dan penulisan refleksi dalam buku rekod pada 2 Mac 2009. Kursus ini diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Sains Kuching dan dihadiri oleh 54 orang guru . Kursus ini dijalankan adalah untuk berkongsi teknik P&P berkesan dan penulisan refleksi dalam buku rekod. Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah perkongsian teknik P&P berkesan dan penerangan cara penilisan refleksi yang betul dalam buku rekod. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh tiga orang Guru Cemerlang. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 270.00Semoga kursus ini mencapai matlamat.


Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB

Setiausaha LDP SMSK

Wednesday, July 8, 2009

LAPORAN LDP STAR SESI 2/2009



Program LDP ke 2 STAR diadakan pada 23 Mei 2009. Program ini bertempat di Bilik Persidangan STAR dihadiri oleh 46 orang guru dengan kos sebanyak RM549.00
Sesi pertama program disampaikan oleh Pn. Hajah Zaiton Bt Sipet, Pembantu Tadbir Kanan STAR, menyampaikan tajuk Pengurusan Pentadbiran, mendedahkan guru-guru kepada prosedur perlantikan, kenaikan gaji dan pangkat dalam perkhidmatan .Sesi kedua, taklimat pengurusan kewangan berkaitan perubahan pembahagian yuran seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran serta prosedur perbelanjaan kewangan panitia.
Sesi ketiga berkaitan oengurusan kokurikulum disampaikan oleh Encik Mohd Zaidi B. Basir, Penolong Kanan Ko Kurikulum STAR, dimana guru-guru didedahkan dengan prosedur pembahagian markah terhadap semua penglibatan pelajar dalam Sistem Rumah.
Secara keseluruhan, program telah berjalan dengan lancar dengan penglibatan maksimum dari guru-guru.

Sunday, July 5, 2009

Kursus LDP Siri 3/09 SMSSMJ












Pada 4 dan 5 April 2009 telah diadakan satu lawatan penanda aras ke SMS Tengku Faris Petra, Kelantan. Setiap panitia dikehendaki menghantar 2 orang wakil, pihak pengurusan dan pihak asrama juga terlibat dalam lawatan ini. Seramai 41 orang guu dan 1 oramg pekerja telah mengikuti lawatan ini. Dalam lawatan itu Tn Pengetua sekolah tersebut telah memberi sedikit input mengenai Pemantapan Kecemerlangan Sekolah.




Selain itu , perbincangan untuk setiap panitia juga telah diadakan bertujuan untuk perkongsian ilmu antara kedua-dua sekolah. Setiap panitia dikehendaki membuat laporan berdasarkan perbincangan tersebut. Kos semasa lawatan penanda aras ini ialah RM 710.
Laporan oleh
Pn Hjh Noraini Saldan
S/Usaha perkembangan Staf SMSSMJ
















Kursus LDP Siri 2/09 SMSSMJ- Etika Kerja




Pada 23/2/09 telah diadakan kursus LDP siri 2/09 bagi guru-guru dan staf SMSSMJ. Kursus bertajuk Etika Kerja yang di kendalikan oleh Pengetua SMK Dato' Syed Omar Alor Star, Mejar A. Halim Hashim.
Dalam kursus tersebut beliau menekankan kepentingan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang semasa menjalankan tugas. Mematuhi etika kerja yang betul merupakan suatu ibadah dan ianya berkaitan dengan kehidupan diri dan keluarga.
Kursus disampaikan dengan berkesan dan menarik. Kos untuk kursus ini ialah RM 561.00
Disediakan oleh
Pn Hjh Noraini Saldan
S/Usaha Perkembangan Staf SMSSMJ












KURSUS LDP SIRI 1/09 SMSSMJ

Pada 17/2 yang lalu, kursus LDP 1/09 siri 1 telah dijalankan di Makmal komputer SMSSMJ. Kursus ini dikendalikan oleh Tn Hj Mohd Azlan Mohd Zain. Kursus bertajuk ' Melukis diagram menggunakan perisian mikrosoft WORD. Kursus ini dihadiri oleh 66 orang guru SMSSMJ. Kursus dijalankan pada pukul Selasa jam 2.00 - 4.00 petang.

Kursus dijalankan secara 'hands-on.' Semua yang hadir dikehendaki melakukan latihan yang diberikan. Penceramah telah mengajar bagaimana cara yang mudah untuk melukis rajah, graf yang betul kepada guru-guru terutama guru-guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dan MatematikTambahan serta mata pelajaran Sains. Walau bagaimanapun ianya tidak terhad kepada guru-guru Sains sahaja.