Thursday, October 30, 2008

BENGKEL SSQS SMSLD




PENDAHULUAN
Bengkel ini bertujuan untuk membimbing guru-guru SM Sains Lahad Datu untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam borang data asas petunjuk prestasi utama Smart School Qualification Standards (SSQS) dengan betul dan tepat. Bengkel ini penting untuk menaiktaraf sekolah ini untuk menjadi sekolah model dan seterusnya mencapai lima (5) bintang.

OBJEKTIF
1. Menerangkan kepentingan SSQS.
2. Menerangkan kepentingan kedudukan bintang atau star ranking.
3. Menerangkan Petunjuk Prestasi Utama.
4. Menerangkan bagaimana setiap soalan di dalam kajiselidik SSQS perlu dijawab.
5. Memberi contoh jawapan untuk setiap soalan.
6. Membimbing guru menjawab setiap soalan.

TEMPAT
Bilik Mesyuarat, SM Sains Lahad Datu.

TARIKH DAN MASA
22 Oktober 2008, bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

KUMPULAN SASARAN
Kursus ini telah disertai oleh guru-guru SM Sains Lahad Datu dan dibimbing oleh Pn Norain Mohd Mazlan (ITC).

PERBELANJAAN KURSUS
Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM330.00 sahaja

Wednesday, October 29, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SBPIS siri 8/2008 - 30 OKT 2008



PANDUAN ASAS MENULIS LAPORAN KAJIAN

Pedagogi P & P Bahasa Inggeris SM Sains Miri

SMS Miri telah mengadakan kursus Pedagogi P&P Bahasa Inggeris untuk guru sekolah ini pada 6 Ogos 2008. Kursus ini telah diadakan di Bilik Nadi SM Sains Miri dan dihadiri oleh 12 orang guru SMS Miri.
Kursus ini dijalankan bagi memberi input kepada guru-guru tentang pendekatan yang pelbagai dan memperbaiki mutu P&P Bahasa Inggeris.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah penceramah menggunakan surat khabar sebagai bahan pengajaran. Guru-guru diberi pendedahan mengajar BI menggunakan surat khabar untuk aktiviti membaca, mendengar, menulis dan kemahiran komunikasi secara lisan.
Sesi ceramah telah menampilkan seorang penceramah terkenal dari Institut Perguruan Sarawak Miri, Puan Lee Say Lee.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM50.00.

Disediakan oleh:
Setiausaha
Latihan Dalam Perkhidmatan
SMS Miri

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 8 ( CERAMAH PROFESIONALISME 2 UNTUK GURU-GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN SAMURA)

Pada hari Sabtu 18 Oktober 2008 seramai 65 orang guru dan 31 orang kakitangan sokongan SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri Ceramah Profesionalisme 2 untuk semua guru dan kakitangan sokongan yang diadakan di SAMURA.
Ceramah selama dua jam bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Ceramah disampaikan oleh Tn Hj Zakaria bin Haiyun, Guru Penolong Kanan SM Sains Muar dengan tajuk Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Ceramah ini sangat berguna kepada guru-guru dan kakitangan sokongan dalam meningkatkan ilmu tentang kepentingan ciri-ciri dan faktor-faktor yang perlu dalam suatu kumpulan kerja dan rasa tanggungjawab bagi membentuk organisasi yang berjaya.
Ceramah ini berjaya menarik minat semua yang hadir dan secara tidak langsung diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan guru-guru dan kakitangan sokongan.
Ceramah yang telah melibatkan kos sebanyak RM679.00 ini diharap berjaya mencapai objektifnya.

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 7 ( CERAMAH RAMADAN UNTUK GURU-GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN SAMURA)

Pada 25 September 2008 seramai 59 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) dan 28 orang kakitangan sokongan telah menghadiri ceramah sempena Ramadan yang diadakan di Surau Ibnu Sina, SAMURA.

Ceramah yang bermula pukul 5.00 ptg ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Moin, Penggerak Keluarga Sakinah Daerah Muar. Ceramah beliau antara lain menekankan tentang kelebihan bulan Ramadan dan memberi kesedaran tentang penghayatan nilai-nilai murni keagamaan.

Ceramah berakhir jam 7.00 ptg diikuti dengan majlis berbuka puasa di Dewan Makan SAMURA. Ceramah ini diharap dapat memberi kesedaran dan motivasi kepada guru dan kakitangan agar dapat melaksanakan tugas mengikut landasan agama dalam menjalankan tugas di sekolah seterusnya mengeratkan silaturrahim dikalangan guru-guru dan kakitangan di sekolah.

Ceramah yang telah melibatkan kos sebanyak RM1078.00 ini diharap berjaya mencapai objektifnya.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SBPIS SIRI 7/2008 - 29 OKT 2008





Monday, October 27, 2008

Kursus Pembangunan Staf 4/2008 :Kajian tindakan, Kemahiran Kecerdasan Emosi dan Pengurusan Stress

Pada 6 September lepas, SM sains Tengku Muhammad Faris Petra telah mengadakan Kursus Perkembangan Staf kali yang ke-4 yang bertajuk ;Kajian Tindakan, Kemahiran Kecerdasan Emosi dan Pengurusan Stress yang bertempat di Bilik Gerakan, SMSTMFP.Kursus bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.Ceramah Pengurusan Stress disampaikan oleh Puan Nik Aida dari IPKB.Diantara objektif kursus ini adalah untuk
1. Bijak menangani masalah pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan nakal.
2. Mencari cara untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan bukan menghukum pelajar
semata-mata, tanpa ada pengajaran.
3. Hukuman harus dibuat dalam kawalan emosi.
4. Masalah peribadi tidak boleh dicampur-aduk dengan masalah yang dihadapi disekolah
yang menyebabkab pelajar menjadi mangsa.
Manakala bagi tajuk Kajian Tindakan, ceramah disampaikan oleh Dr. Mohd Aziz dari IPKB, bagaimana menggunakan kaedah Kajian Tindakan dalam mendidik pelajar, melalui dokumentasi bagi setiap tindakan yang dilakukan, terutama bagi pelajar yang lemah.Dengan konsep Kajian Tindakan , guru berupaya membangunkan pelajar dengan cara lebih sistematik. Kursus ini, melibatkan perbelanjaan RM864 yang dihadiri oleh seramai 70 orang guru.

Thursday, October 23, 2008

Bengkel ICT Di KTK


LAPORAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN GURU SBP
KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN

Bengkel ICT : Power Point / Photo Shop / GSP

Pengunaan Teknologi Maklumat dan Komputer (TMK ) atau ringkasnya ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan proses dan keberkesanan P&P.

Bengkel ICT untuk pendidik KTK telah diadakan pada 21.6.2008 ( Sabtu ) untuk memenuhi keperluan di atas. Objektif khusus dalam bengkel ini antaranya ialah

i. Guru-guru boleh menggunakan program Power Point , Photo Shop dan GSP
ii. Guru-guru boleh membina BBM dengan menggunakan perisian komputer.
iii. Guru-guru boleh mengaplikasikan kemahiran TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
iv. Guru-guru bekerjasama dan berkongsi kepakaran dalam kemahiran ICT.


Bengkel sehari ini dikendalian oleh tiga orang guru KTK yang mempunyai minat dan kepakaran dalam ICT . Tuan Hj. Anuar bin Ahmad mengendalikan bengkel Power Point di Bilik Pusat Sumber Elektonik (PSE), En. Nurhaizul Mohammad dengan bengkel Photo Shop di Makmal Cyber Didik dan En. Ahmad Bidin dengan bengkel GSP di Bilik Mesyuarat Balai Muafakat.

Peserta guru dibahagikan kepada kumpulan bengkel mengikut minat dan keperluan . Bagi guru matematik , bengkel GSP boleh membantu guru melukis gambarajah yang abstrak dalam matematik. Guru-guru sangat seronok dengan bengkel photo shop terutamanya apabila diminta membina BBM daripada gambar peribadi masing-masing. Power point sangat diminati oleh guru-guru yang perlu membuat penyampaian dalam Kursus PTK. Peserta guru sangat berpuas hati dengan bengkel ini dan berharap dapat diteruskan pada tahun depan dengan program komputer yang baru.

Tiga orang guru KTK sebagai fasilitator dalam bengkel ini perlu diberikan pujian serta penghargaan di atas sumbangan kepakaran mereka yang dikongsikan bersama rakan sejawat. Usaha murni mereka adalah antara sumbangan bermakna dalam meningkatkan profesion keguruan di kalangan guru-guru kami.


Laporan oleh Pn. Hjh. Hawa Basiran
Setiausha LDP Guru,
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

PENGURUSAN PSS CEMERLANG KTK


LAPORAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN GURU SBP
KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN

PENGURUSAN PSS CEMERLANG

TARIKH : 5.2.2008

MASA : 2.00 ptg – 5.00 ptg.

PENCERAMAH : PN. MASHITAH ABDULLAH
Pusat Sumber Pendidikan , Negeri Sembilan.

TEMPAT : BALAI MUAFAKAT , KOLEJ TUNKU KURSHIAH


Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah tempat yang memuatkan bahan-bahan maklumat dahulu dan terkini untuk digunakan oleh pelajar dan tenaga pengajar di sesebuah institusi pendidikan seperti sekolah. PSS perlu diselia dan ditadbir dengan baik dan kemaskini supaya menjadi tempat rujukan yang berkesan kepada pelajar dan tenaga pengajar. Perkhidmatan PSS perlu sentiasa ditingkatkan dan antara faktor pendorongnya ialah pertandingan PSS cemerlang yang diadakan setiap tahun.

Objektif kursus singkat ini adalah untuk memberi pendedahan dan garis panduan kepada guru-guru KTK tentang prosedur pengredan PSS dan pengurusan PSS yang cemerlang.

Penceramah adalah Penolong Pengarah Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan (PSPN) yang mempunyai banyak pengalaman dalam membimbing banyak sekolah kepertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan. Penyampaian Power Point yang diselang selikan dengan pengalaman semasa beliau menghakimi pertandingan PSS sangat menarik perhatian guru-guru.

Ceramah ini memberikan garis panduan kepada guru-guru KTK yang terlibat dalam pelbagai kategori penghakiman PSS seperti pertandingan BBM, Bilik Pusat Sumber dan Makmal dan Program Nilam. Melalui kursus ini guru-guru dapat mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk persediaan KTK dalam Pertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan pada tahun 2008.

Laporan disediakankan oleh,

Pn. Hjh. Hawa Basiran
Setaiusaha LDP,
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

Wednesday, October 22, 2008

LDP Kali Keenam 2008 Pemantapan Budaya Integriti dan keberkesanan dalam Pengajaran dan pembelajaran

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah mengadakan LDP kali ke-6 iaitu Pemantapan Budaya Integriti dan keberkesanan dalam Pengajaran dan pembelajaran pada 18 Oktober 2008. Kursus ini diadakan di Bilik Matematik SMSTSP dan dihadiri oleh 34 orang guru SMSTSP.
Kursus ini dijalankan untuk membudayakan warga pendidik dengan unsur-unsur integriti dan etika dalam usaha untuk membentuk masyarakat SMSTSP yang kukuh ciri-ciri moral dan utuh etikanya.

Sesi ceramah disampaikan oleh Tn. Hj. Razmi bin Abdul Majid dan Tn. Hj. Harun bin Mat Isa dari Institut Integriti Kedah Darul Aman ( INSPIN).

Kursus ini melibatkan kos i. Bayaran 2 penceramah RM 600.00 (RM Enam ratus)
ii. Jamuan RM 600.00 (RM Enam ratus)

Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 1200.00 ( RM satu ribu dua ratus sahaja)


Semoga SMSTSP terus cemerlang dan gemilang

LDP Kali Kelima 2008 ( English Proficiency Course for PPMSI Teachers )

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah mengadakan LDP Kali Kelima iaitu English Proficiency Course for PPSMI Teachers pada 20 September 2008. Kursus ini diadakan di Bilik Gerakan SMSTSP dan dihadiri oleh 22 orang guru PPSMI.
Kursus ini dijalankan untuk membina dan meningkatkan keyakinan diri semasa berkomunikasi dalan bahasa Inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Sesi ceramah disampaikan oleh En. Anwar bin Bakhari. Hasil maklum balas guru-guru PPSMI, mereka amat berpuas hati kerana dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Kursus ini melibatkan kos ;
i. Bayaran penceramah RM 500.00 ( RM Lima ratus sahaja)

Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 500.00 ( RM Lima ratus sahaja )


Semoga SMSTSP terus cemerlang



Disediakan oleh
S/U LDP

Monday, October 20, 2008

LAPORAN 'EXECUTIVE TALK' SMSLD


Executive Talk ke 8 iaitu siri yang terakhir untuk tahun 2008 telah diadakan pada 11 Oktober 2008 (Sabtu) di Dewan Seri Bayu, Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Ia bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.30 petang. Sesi kali ini telah dihadiri oleh 65 orang staf. Ianya bertujuan untuk memenuhi Pelan Induk Pembangunanan Pendidikan (PIPP) iaitu Teras 1: Membina Negara Bangsa. Ia menekankan Fokus 4 iaitu memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari. Di samping itu, sesi ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme para staf.

Dalam sesi ini, Tn. Hj. Eko Sukohidayat Bin Sunarto, Pengetua Cemerkang SMSLD telah menyampaikan satu slot ceramah yang bertajuk “Menangani Stress”. Antara aspek yang disentuh adalah definisi stress, punca dan tanda-tanda stress, serta cara-cara menguruskan stress apabila ia berlaku. Slot yang kedua adalah ceramah mengenai Islam Hadhori yang disampaikan olek Ustaz Mohd Isa Bin Abdullah yang dijemput dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau telah menerangkan definisi Islam Hadhori, visi dan misi serta objektif konsep ini. Beliau juga menghuraikan 10 prinsip asas dalam Islam Hadhori dengan memberikan penekanan kepada prinsip kelima iaitu ”penguasaan ilmu pengetahuan”.
Executive Talk ini telah diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua yang telah membuat pembentangan dalam siri Executive Talk sepanjang tahun ini. Jumlah kos adalah sebanyak RM1,660.00.

Saturday, October 18, 2008

Kursus Pembangunan Staf Siri 7, 2008 SBPI Kubang Pasu


Kursus / Bengkel Pembinaan Pelan Pendidikan SBP peringkat SBPIKP (PPSBP, SBPIKP) 2008 – 2015

Seramai 20 orang guru termasuk Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Kokurikulum telah menghadiri Kursus / Bengkel Pembinaan Pelan Pendidikan SBP peringkat SBPIKP yang telah diadakan di Executives Develoment Centre (EDC), Universiti Utara Malaysia, Sintok. Kursus yang diadakan pada 18 Oktober 2008 ini bertujuan memurnikan pelan pendidikan SBPIKP mengikut kerangka Pelan Pendidikan SBP 2008 – 2015. Selain itu, kursus ini juga bertujuan membina hala tuju baharu sekolah dengan menyediakan visi baharu selepas visi pertama – SBPI Kubang Pasu sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan pembangunan insan menjelang 2008 tercapai. Pembinaan visi ini juga bertepatan dengan hala tuju baharu SBP berasaskan kerangka Pelan Pendidikan SBP.

Kursus ini telah diadakan dalam tiga sesi, iaitu sesi taklimat tentang hala tuju dan dasar SBP seperti mana yang terkandung dalam Pelan Pendidikan SBP 2008 – 2015. Pada masa ini juga, pembentukan visi baharu SBPI Kubang Pasu dibuat. Sesi kedua (10.30 – 12.30 tengah hari) ialah bengkel dalam kumpulan. Terdapat lima kumpulan pengkhususan yang telah diwujudkan iaitu bidang pentadbiran dan pengurusan, bidang Kurikulum, bidang Hal Ehwal Murid, bidang Kokurikulum, dan bidang Pengurusan Personel. Bengkel ini dikendalikan oleh guru-guru yang telah mengikuti Konvensyen SBP yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini. Dalam sesi ketiga ( 2.00 – 4.30 ptg), pembentangan hasil perbengkelan diadakan. Pada ketika ini juga, pemurnian idea telah dijalan antara peserta bagi menghasilkan satu pelan pendidikan yang komprehensif dan menepati visi SBP dan sekolah.



Kursus yang menelan belanja RM 900.00 ini telah mendapat respons yang memberangsangkan dengan sumbangan idea dan pemikiran kritis daripada semua peserta. Diharapkan kursus / bengkel ini berjaya membawa hala tuju baharu SBPI Kubang Pasu sehingga ke tahun 2015.

Monday, October 13, 2008

Gejala Rasuah

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN-SEMASHUR SIRI 10

Satu ceramah diadakan sekali lagi untuk guru dan staf sokongan SEMASHUR bertajuk 'Gejala Rasuah'.Program ini telah diadakan pada Ogos 2008 iaitu pada hari Rabu, bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang.
Peceramah pada petang itu adalah En.Anuar Bin Md Noh ,Pegawai Siasatan dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Selangor.
Ceramah ini berkisarkan gejala rasuah yang berlaku dalam penjawat awam pada masa kini. Penceramah memberi pelbagai contoh kes-kes yang boleh dikaitkan dengan rasuah. Ceramah ini banyak memberi pengetahuan, pengajaran dan maklumat tentang gejala rasuah yang seringkali berlaku di kalangan kakitangan awam. Ceramah ini mengajar peserta berwaspada dan berhati-hati dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan agar tidak dikaitkan dengan rasuah.
Jumlah perbelanjaan yang ditanggung adalah sebanyak RM 480.00

'Semoga rezeki yang dilimpahkan oleh Allah datangnya dari sumber yang halal'Amin
Disediakan oleh,
Penyelaras LDP
SEMASHUR

Kemudahan Cuti dan Tatatertib

SEMASHUR sekali lagi telah mengadakan kursus latihan dalam perkhidmatan yang bertajuk' Kemudahan Cuti dan Tatatertib'.Kursusu ini telah diadakan pada 2 Ogos 2008, iaitu pada hari sabtu.Kursus ini berlangsung selama 4 jam bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di bilik gerakan Semashur. Kursus ini telah dihadiri oleh 60 guru dan 15 orang staf sokongan.
Kursus ini telah disampaikan oleh Tn Hj Razak bin Siteh iaitu Pegawai Tabdir dari INTAN.Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan dan kefahaman kepada guru dan kakitangan sokongan tentang hal ehwal cuti dan salahlaku yang boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan ke atas penjawat awam. Isi kandungan kursus mencakupi Perintah Am bab A, Perintah Am Bab c ,Hal-hal tatatertib,cuti,persaraan dan pengesahan jawatan.
Kursus ini telah melibatkan kos sebanyak RM 840.00

MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT
Saidina Umar Al Khattab
Disediakan oleh,
Penyelaras LDP
SEMASHUR

Sunday, October 12, 2008

LDP 6 SAMURA : CERAMAH PROFESIONALISME

Pada 13 September 2008 seramai 66 orang guru dan 29 orang kakitangan sokongan SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri Ceramah Profesionalisme untuk semua guru dan kakitangan sokongan yang diadakan di SAMURA.

Ceramah bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Ceramah disampaikan oleh Tn Hj Samian bin Samiyo, Pengetua SM Sains Muar dimulai dengan tajuk Perjawatan dan Kenaikan Pangkat. Ceramah ini sangat berguna kepada guru-guru dan kakitangan sokongan dalam meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan hak agar tidak ketinggalan dalam peluang-peluang perjawatan dan kenaikan pangkat.

Ceramah disambung lagi selepas rehat dengan tajuk Cuti untuk Guru Dan Kakitangan. Ceramah antara lain menekankan tentang prosedur cuti dikalangan guru dan kakitangan.

Ceramah berakhir jam 7.00 malam dan diikuti dengan majlis berbuka puasa di Dewan Makan SAMURA.

Ceramah ini berjaya menarik minat semua yang hadir dan secara tidak langsung diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan guru-guru dan kakitangan sokongan.

Ceramah yang telah melibatkan kos sebanyak RM1056.00 ini diharap berjaya mencapai objektifnya.

Wednesday, October 8, 2008

'Balance Scorecard'

Kursus bertajuk 'Balance Scorecard' diadakan khas untuk guru-guru Panitia dan guru ketua pentadbir SEMASHUR. Kursus ini di adakan pada 2 Februari 2008 di Pusat Sumber. Kursus ini diadakan untuk membina sistem pengukuran yang akan membantu organisasi bagi mencapai kecemerlangan. Di samping itu kursus ini membantu guru untuk membina kerangka 'Balance Scorecard' di sekolah.

Sesi ceramah telah dijalankan oleh Dr Hj Mustafa Said , Pergawai Kanan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).



Disediakan oleh,

Penyelaras LDP

Semashur

Tuesday, October 7, 2008

KEBERKESANAN KEPIMPINAN

Untuk meningkatkan profesionalisme keguruan, Semashur terus melaksanakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan. Pada kali ini semashur telah menganjurkan satu Kursus yang bertajuk
'Kepimpinan Berkesan' pada 12 Julai 2008 bertempat di bilik Gerakan Semashur. Kursus ini berlangsung selama 3 jam bermula 8.00 pagi hingga 11.00 tengahari.
Penceramah jemputan ialah En. Abdul Rahiman b. Yusof iaitu Penolong Penyelia HEM dari Pejabat Pendidikan Daerah KKB.
Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru bagaimana menjadi pemimpin yang berkesan. Disamping itu kursus ini membuka minda guru bagi mencari makna diri dan mencapai kepuasan dalam hidup.

Kos perbelanjaan kursus ini sebanyak RM160.00 bayaran penceramah.

'Success Depends On What You Do With You'



Pengurusan Diri Dan Protokol

Semashur telah mengadakan kursus bertajuk 'Pengurusan Diri Dan Protokol' untuk guru-guru sekolah ini yang diadakan pada 12 Julai 2008(sabtu). Kursus ini dijalankan di Bilik Gerakan Semashur. kursus berlangsung selama 4 jam yang melibatkan 60 orang guru.
Sesi ceramah telah disampai oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Pn. Marpuaton Bt. Sastero, Pengetua SMK Sg.Burong, Tanjung Karang , Selangor.
Objektif kursus ini adalah untuk mengetahui dan mengenalpasti amalan protokol dalam majlis rasmi, imej diri dan pancaran diri yang baik dari segi berpakaian , penampilan dan gaya diri yang boleh mencerminkan keperibadian, etiket dalam perbualan sosial dan ketertipan di meja makan serta protokol dalam mengendalikan majlis rasmi. Kursus ini memberi input yang berkesan kepada guru-guru dan dapat menambah pengetahuan dan ilmu khasnya dalam mengendalikan program-program rasmi sekolah.
Kursus ini telah melibatkan kos sebanyak RM987.50.
Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan.

Disediakan oleh,
Penyelaras LDP SEMASHUR

Pendidikan Keselamatan Bomba



Semashur sekali lagi telah mengadakan kursus latihan dalam perkhidmatan bertajuk 'kependidikan Bomba'. Kursus ini diadakan pada 9 Julai 2008, bermula 2.30 petang sehingga 5.30 petang.Kursus ini diadakan di bilik mesyuarat Semashur.Semua guru dan kakitangan sokongan seramai 65 orang terlibat dalam kursus ini.

Kursus telah disampaikan oleh En Thireenkaran, seorang Pegawai Bomba dari Kuala Kubu Bharu. Kursus ini amat berkesan dan baik dijadikan panduan kepada para peserta bagi meghadapi saat-saat kecemasan dan peri pentingnya menjaga keselamatan walau dimana sahaja berada. Disamping itu kursus ini memberi bimbingan tentang keselamatan kebakaran di rumah atau di tempat kerja. penceramah juga menekankan punca-punca boleh berlakunya kebakaran dan kecederaan .

Kaedah kursus adalah ceramah dan tunjuk cara.

Disediakan oleh,
Penyelaras LDP
Semashur

Monday, October 6, 2008

PENGURUSAN JENAZAH



Kursus 'Pengurusan Jenazah' telah diadakan untuk guru-guru dan kakitangan sokongan Semashur pada 21 Jun 2008 bertempat di Surau As-Syakirin Semashur. Kursus ini berlangsung selama satu hari.

Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan bagi semua kakitangan semashur bagi mengetahui dan mengenalpasti cara-cara menguruskan jenazah dengan sempurna. Di samping itu para peserta dapat mempelajari pengurusan mayat dari segi memandikan, mengafankan, menyolatkan dan mengebumikan.Kursus ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kerjasama antara warga Semashur.

Kursus ini telah menampilkan seorang penceramah bebas dari Sabak Bernam iaitu Ustaz An'Nahari B. Sarif.

Kaedah kursus yang dijalankan adalah ceramah, sumbang saran, soal jawab dan tunjuk cara. Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 725.00

Semoga kursus ini menambah keiman dan ketaqwaan kita kepada Allah.



Disediakan oleh,

Penyelaras LDP
Semashur

KESERONOKAN BEKERJA DALAM AKTIVITI PERGURUAN

Peningkatan qualiti dan kecemerlangan menjadi tonggak utama visi Semashur. Justeru, kursus 'keseronokan bekerja dalam aktiviti perguruan' telah diadakan pada 13 Mei 2008 yang disampaikan oleh penceramah En. Mohd Dawi B. Ithnin seorang pensyarah Institut Aminuddin Baki.
Antara objektif utama ialah meningkatkan motivasi di kalangan guru bagi mencapai visi dan misi sekolah. Selain itu guru dapat menanam sikap bertanggungjawab dalam profesionalisme keguruan.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM632.00.


Disediakan oleh,
Penyelaras LDP
Semashur

PENGURUSAN STRESS

Semashur telah mengadakan ceramah bertajuk 'Pengurusan stress' kepada semua guru dan kakitangan sokongan sekolah. Ceramah ini telah disampaikan oleh salah seorang penceramah motivasi yang tersohor di Malaysia iaitu Dr. Robiah Bt. Kulop Hamzah. Program diadakan di Psat Sumber Semashur bersamaan 3 Mei 2008. Kursus berlansung selama 6 jam.

Objektif program adalah mengenalpasti dan menangani stress di tempat kerja bagi meningkatkan mutu kerja. Isi ceramah yang beliau sampaikan amat berkesan sekali. Beliau menekankan hal-hal berkenaan perkara yang melibatkan stres dan dikaitkan dengan isu-isu semasa warga pendidik. Disamping itu beliau menerangkan cara-cara mengatasi stres.

Jumlah perbelanjaan untuk kursus tersebut adalah sebanyak RM 1,347.00

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Penyelaras LDP
Semashur

Sunday, October 5, 2008

Ceramah Motivasi dan Doa Restu Peperiksaan SPM dan PMR 2008



Ceramah Motivasi dan Doa Restu Peperiksaan SPM dan PMR 2008 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 26 September, 2008, jam 10.15 hingga 11.45 pagi di Dewan Seri Penawar, SM Sains Kota Tinggi. Guru-guru, ibubapa, penjaga dan pelajar tingkatan 3 dan 5 telah terlibat dalam program ini.

Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Halek bin Abdul Rahman, penceramah motivasi KESUMART Malaysia Sdn Bhd.

Tujuan program ini adalah untuk memberi semangat dan dorongan kepada guru-guru, ibubapa, penjaga serta pelajar tingkatan 3 dan 5 agar sama-sama berganding bahu untuk mencapai sasaran peperiksaan SPM gred purata di bawah 2.00 dan 80% calon mendapat A semua subjek dalam peperiksaan PMR.



Disediakan oleh:

Penyelaras

Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

Ceramah Audit Akademik SPM dan PMR 2008



Ceramah Audit Akademik SPM dan PMR 2008 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah diadakan pada 26 September, 2008, jam 8.30 hingga 10.00 pagi di Dewan Seri Penawar, SM Sains Kota Tinggi. Guru-guru, ibubapa, penjaga serta pelajar tingkatan 3 dan 5 telah terlibat dalam program ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ayob bin Jantan, Pengetua Kanan, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.

Tujuan program ini adalah untuk memastikan guru-guru, ibubapa, penjaga dan pelajar memahami kedudukan terkini pencapaian pelajar-pelajar SPM SAKTI tahun 2008. Di samping itu juga ibubapa dan penjaga dimaklumkan tentang target pencapaian dan strategi untuk mencapai sasaran peperiksaan SPM gred purata di bawah 2.00 dan 80% calon mendapat A semua subjek dalam peperiksaan PMR.



Disediakan oleh:

Penyelaras
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
SM Sains Kota Tinggi

Saturday, October 4, 2008

Laporan LDP SBPI Kubang Pasu Siri 5, 2008



"Mempertaut Kasih, Mempererat Hubungan"

Sesebuah organisasi tidak akan berjaya sekiranya para pekerjanya tidak dapat bersatu dan berasa kepunyaan dengan organisasinya. Hanya apabila sesebuah organisasi itu mendapat ‘kasih sayang’ daripada anggotanya, baharulah oraganisasi itu dapat beroperasi dengan baik. Hakikat tersebut telah menyebabkan Jawatankuasa Pembangunan Staf SBPIKP menganjurkan siri kelima LDP SBPIKP selama dua hari. Kursus “Mempertaut Kasih, Mempererat Hubungan” (team building) telah dijalankan oleh moderator En. Shabuddin Ashaari atau lebih mesra dengan nama Pak Su daripada REBT Management. Beliau menggunakan modul PERASA yang dibangunkannya sendiri.

Objektif kursus ini untuk meningkatkan semangat kerja berpasukan; meningkatkan soft skill diri dan meningkatkan sifat positif diri. Ia dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Khamis (28 Ogos 2008) mulai 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Kursus ini disambung semula keesokan harinya (29 Ogos) pada pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Kursus dijalankan secara teori dan praktikal dengan menerangkan teori team building, menerangkan keperluan dan kepentingan team building dalam pembinaan organisasi yang berjaya dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi merapatkan hubungan antara ahli organisasi (guru).

Secara keseluruhannya, kos pengendalian kursus ialah sebanyak RM 6645.00. Kursus ini mendapat respons positif daripada para peserta.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh,

Ariffin bin Salleh,
Setiausaha J/k Pembangunan Staf,
SBPI Kubang Pasu.

Laporan LDP SBPI Kubang Pasu Siri 6, 2008




Kursus Peningkatan Penguasaan al-Quran

Sempena bulan Ramadan al-Mubarak,. Jawatankuasa Pembangunan Staf telah bekerjasama dengan Kelab Staf dan Panitia Pendidikan Islam menganjurkan kursus Peningkatan Penguasaan al-Quran. Ia dijalankan selama lima hari, iaitu pada 21, 22, 23, 24 dan 25 September 2008, bersamaan 21, 22, 23, 24 dan 25 Ramadan 1429. Ia dijalankan di Surau Jannatun Naim SBPIKP mulai jam 2.30 – 4.00 petang pada sesi 21, 22, 23 dan 24 Ramadan, sementara pada 25 Ramadan pula 8.00 – 10.30 pagi.

Aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti tadarus al-Quran mengikut kumpulan. Seramai 58 orang guru dan 16 staf dibahagikan kepada 15 kumpulan. Setiap kumpulan menjalani tadarus sebanyak dua juzuk al-Quran. Pada hari terakhir majlis khatam al-Quran dijalankan di tempat yang sama. Majlis khatam al-Quran diadakan serentak dengan pelajar yang turut menjalankan aktiviti tadarus setiap petang, iaitu selepas solat Asar. Kursus ini dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SBPIKP. Melalui kursus ini, penguasaan para staf terhadap al-Quran terutama aspek tajwid dipertingkatkan.

Walaupun tanpa sebarang kos, kursus ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Guru-guru juga telah memberikan komitmen yang sungguh memberangsangkan dalam menjalani program ini. Semoga Ramadan al-Mubarak menjadi titik tolak kepada pembudayaan al-Quran dalam kalangan guru-guru dan seterusnya melahirkan generasi al-Quran dalam kalangan pelajar SBPIKP, Insya – Allah!


Laporan disediakan oleh,

Ariffin bin Salleh,
Setiausaha J/k Pembangunan Staf,
SBPI Kubang Pasu.